Rumah Terbuka Deepavali MIC 29 Oktober Di Batu Caves

Diterbitkan: Isnin, 24 Oktober 2016 12:28 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MIC akan mengadakan majlis rumah terbuka sempena perayaan Deepavali di perkarangan Batu Caves pada 29 Oktober ini.

Setiausaha Agung MIC, Datuk A. Sakthivel berkata, kira-kira 10,000 pengunjung dijangka hadir pada majlis yang akan berlangsung dari pukul 8.30 pagi hingga 1 tengah hari.

"MIC menjemput anggota masyarakat daripada berbilang bangsa untuk memeriahkan majlis itu," katanya kepada Bernama di sini, Isnin. 

Sakthivel berkata, tetamu juga akan disajikan dengan pelbagai makanan tradisional serta persembahan kebudayaan kaum India pada majlis itu.

Menurut Persatuan Hindu Sangam Malaysia, perayaan Deepavali tahun ini akan disambut pada 29 Oktober ini di seluruh dunia.

Penganut Hindu menyambut Deepavali pada Saturthasi Tithi iaitu hari ke-14 dalam bulan Iypasi berdasarkan kalendar panjangam Hindu.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Deepavali , Batu Caves

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan