Projek PR1MA Di Seluruh Negara Tidak Alami Masalah Kelewatan

Diterbitkan: Isnin, 24 Oktober 2016 2:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat di sini diberitahu bahawa kesemua projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di seluruh negara tidak mengalami masalah kelewatan dan ia berjalan mengikut jadual.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menegaskan pelaksanaan projek PR1MA dilaksanakan dengan baik.

"Semua projek PR1MA mengikut jadual...tidak mungkin PR1MA akan dapat berbuat demikian kalau mempunyai masalah pembayaran dan sebagainya," katanya menjawab soalan tambahan Loke Siew Fook (DAP-Seremban) mengenai jumlah projek PR1MA yang mengalami kelewatan kerana masalah pembayaran kepada pihak subkontraktor.

Beliau berkata pada masa ini, sebanyak 90 projek PR1MA terdiri daripada 103,615 unit rumah telah memulakan pembinaan di pelbagai lokasi seluruh negara.
Katanya, ia melibatkan projek di Johor dengan 5,747 unit; Kedah (13,987); Melaka (16,860); Negeri Sembilan (6,468); Pahang (7,263); Pulau Pinang (15,005); Perak (10,282); Perlis (1,311); Sabah (7,724) Sarawak; (4,288); Selangor (7,864); Terengganu (350); Kuala Lumpur (4,797) dan Kelantan (1,669).
 
Shahidan berkata sebanyak 1,332 unit rumah pula telah berjaya disiapkan meliputi Putrajaya (530) serta Kuala Ketil (321) dan Sungai Petani (481) di Kedah.

Menjawab soalan tambahan Datuk Othman Abdul (BN-Pendang) berhubung pemilihan lokasi projek PR1MA yang tidak sesuai, Shahidan berkata kerajaan sedia untuk berbincang dengan anggota Parlimen bagi mengenal pasti lokasi yang terbaik.

"Bila kita nak buat rumah, kita perlukan tanah, tanah ini diberi atau ditunjukkan oleh kerajaan negeri, tetapi kita bina rumah bukan di sebarang tempat," katanya.

Dalam pada itu, Shahidan memberikan sindiran sinis kepada pembangkang kerana tidak mendengar insentif yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2017, Jumaat lepas mengenai PR1MA.

"Hasil Bajet 2017 yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini didengar oleh rakyat Malaysia kecuali sebahagian kecil pembangkang, mereka tidak dengar Bajet," katanya merujuk tindakan anggota Parlimen pembangkang yang mempamerkan plakad dan bertindak keluar dari Dewan Rakyat ketika pembentangan Bajet 2017 sedang berlangsung.

Pada pembentangan Bajet 2017 itu, Perdana Menteri mengumumkan skim pembayaran akhir khas jenis kadar tambah bagi program PR1MA yang memberi pembiayaan lebih mudah dan boleh dinikmati pembeli.

Melalui skim itu, jumlah pinjaman mencecah 90 peratus hingga 100 peratus, dan kadar penolakan pinjaman akan berkurangan secara drastik.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: PR1MA , Dewan Rakyat

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan