"Ini Bukan Ugutan" - Rahman Dahlan

Diterbitkan: Isnin, 24 Oktober 2016 3:01 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan untuk tidak memberikan kontrak kepada syarikat-syarikat yang menaja dan menyokong perhimpunan Bersih bukan berbaur ugutan, tetapi sebaliknya ia sebagai satu peringatan, kata Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mempersoalkan bagaimana kerajaan hendak membantu syarikat yang tidak mempercayai dan mahu menjatuhkan kerajaan.

"Kenapa saya perlu bantu anda jika setiap hari anda membantu gerakan yang hendak jatuhkan kerajaan yang anda minta tolong ini. Dan tuduhan Bersih adalah sangat berat.

"Kerajaan ini bukan kerajaan yang boleh dipermainkan begitu sahaja," katanya kepada pemberita Hari Temuduga Terbuka bagi Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) bersama UEM Group di Menara UEM di sini, Isnin.

Abdul Rahman berkata, ia bergantung kepada mana-mana syarikat dalam membuat pilihan untuk menyokong kerajaan atau sebaliknya.

"Sama ada anda hendak buat bisnes dengan kerajaan dan menjadi neutral, atau anda mahu sokong sebuah gerakan untuk menjatuhkan kerajaan secara haram... itu pilihan anda.

"Tetapi pilihan saya adalah jelas. Saya tidak akan bekerjasama dengan anda. Banyak lagi syarikat di luar sana yang boleh memberi terma (kontrak) yang lebih baik atau setanding, jadi saya akan berikan keutamaan kepada mereka ini," katanya.

Pada Ahad, Abdul Rahman menerusi kenyataan di akaun Twitter berkata, mana-mana syarikat yang menerima kontrak kerajaan tetapi menaja dan menyokong perhimpunan Bersih untuk menggulingkan kerajaan akan disenarai hitam.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan