Polis Serbu Pejabat Sisters in Islam

Diterbitkan: Isnin, 24 Oktober 2016 6:10 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pejabat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Sisters in Islam (SiS) diserbu pihak polis pada Isnin, demikian menurut aktivis Datin Paduka Marina Mahathir.

"Bergegas ke pejabat @SistersInIslam. Atas sebab-sebab tertentu polis berada di sana cuba untuk memecahkan pintu depan," katanya menerusi Twitter pada Isnin petang.

Beliau berkata polis juga bertindak meninggikan suara kepada kakitangan SiS yang berada di lokasi.

"Kami enggan membuka pintu sehingga peguam tiba. Polis mengatakan kami menghalang keadilan," kata Marina dalam tweet berasingan.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif SiS, Rozana Isa berkata sebaik sahaja beliau dan peguam mereka tiba di pejabat tersebut, polis menjelaskan bahawa siasatan mereka tiada kena-mengena dengan pertubuhan itu.

"Kami dimaklumkan bahawa siasatan mereka tertumpu kepada seorang kakitangan NGO berkenaan.

"Kami dimaklumkan bahawa kakitangan kami akan dibawa ke ibu pejabat polis Dang Wangi untuk siasatan lanjut," katanya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah mengesahkan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Dang Wangi menyerbu pejabat tersebut.

"Siasatan sedang dijalankan mengenai kes pecah amanah melibatkan dana RM207,563," katanya.


Tags / Kata Kunci: Sisters in Islam , SiS , Marina Mahathir

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan