Berhenti Salahkan Orang lain - Noh

Diterbitkan: Isnin, 24 Oktober 2016 2:22 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sikap menyalahkan orang lain tidak akan membantu kerajaan Selangor, kata Tan Sri Noh Omar yang mencabar Menteri Besar negeri itu supaya membuat laporan polis terhadap Umno.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor itu berkata demikian kepada media di lobi Parlimen pada Isnin bagi mengulas dakwan Datuk Seri Azmin Ali bahawa Umno memainkan peranan untuk mensabotaj bekalan air di negeri itu.

Noh berkata, dia menganggap dakwaan Azmin itu sesuatu yang melucukan.

"Jangan baik kotor untuk menang pilihan raya.

"Saya cabar dia untuk buat laporan polis atau pihak berwajib. Jika ada bukti, kenapa perlu tunggu.

"Sekurang-kurangnya kita dapat lihat sama ada dakwaannya itu benar atau tidak berasas," katanya.

Beliau juga mendakwa sikap kerajaan itu menyalahkan pihak lain tidak akan membawa kepada penyelesaian yang baik.

"Mereka selalu salahkan orang lain tetapi tidak akan mengaku. Inilah budaya mereka," dakwa Noh.

Ahli Parlimen Tanjung Karang itu berkata, kerajaan negeri seharusnya mengambil langkah pencegahan, sebaliknya gagal menguruskan situasi dengan baik.

"Masalah gangguan bekalan air sudah tujuh kali berlaku dan sepatutnya kerajaan negeri bertindak memeriksa kilang haram ketika pertama kali ia berlaku.

"Mereka tidak sepatutnya menyalahkan Jabatan Alam Sekitar dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar," katanya.

Tags / Kata Kunci: Umno Selangor , Azmin Ali , Noh Omar

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan