Bantahan Baju Merah Berakhir Jika Bersih Henti Protes

Diterbitkan: Isnin, 24 Oktober 2016 8:03 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Baju Merah akan berhenti melakukan bantahan jika Bersih 2.0 turut sama berbuat demikian, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamad.

Beliau berkata, Bersih perlu berhenti melakukan protes jika ia tidak lagi mendapat sokongan rakyat.

"Jika Bersih tidak lagi mendapat tarikan dalam kalangan rakyat, mereka perlu berhenti.

"Jika mereka berhenti, kumpulan Baju Merah akan berhenti dan jika Baju Merah berhenti, maka tidak akan ada masalah," katanya ketika ditemui selepas sesi Parlimen pada Isnin.

Ahli Parlimen Pulai itu bagaimanapun segera menambah bahawa Umno tidak menyokong aktiviti Baju Merah yang diketuai Datuk Seri Jamal Md Yunos.

"Kami tidak bersetuju dengan beliau. Isu undang-undang adalah lebih penting. Jika anda melanggar undang-undang, anda akan ke penjara," katanya.

Tambah Nur Jazlan, tindakan Jamal dan Bersih 2.0 adalah salah.

"Apa yang mereka (Bersih 2.0) lakukan adalah salah. Apa Jamal yang dilakukan Jamal juga salah.

"Polis boleh mengambil tindakan yang lebih keras terhadap mereka (Baju Merah), tetapi kami mahu menyelesaikannya secara baik kerana ia adalah tindakan politik," kata beliau sambil menambah bahawa polis boleh bertolak ansur dengan protes politik.

Kata Nur Jazlan lagi demonstrasi jalanan tidak akan menyelesaikan apa-apa pertikaian.

Tags / Kata Kunci: Bersih 2.0 , Baju Merah , Nur Jazlan Mohamad

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan