The Star Raih 3 Hadiah Kewartawanan Kenyalang 2016

Diterbitkan: Ahad, 23 Oktober 2016 1:09 PM

Penyertaan Zulazhar Sheblee yang memberi kemenangan menerusi gambar bertajuk "Bringing turtles home".

(Ubah saiz teks)

KUCHING: The Star meraih tiga anugerah dalam pelbagai kategori pada Anugerah Kewartawanan Kenyalang 2016.

Jurugambar, Zulazhar Sheblee memenangi hadiah utama bagi kategori fotografi, dan menerima hadiah wang tunai RM2,500, plak dan sijil.

Kemenangannya menerusi gambar bertajuk "Bringing Turtles Home" yang menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan melihat seekor penyu yang menghala ke laut.

Zulazhar dan wartawan Yu Ji mendapat tempat ketiga bagi anugerah kemampanan kewartawanan (kategori penyiaran) menerusi liputan video bertajuk "Natural gas producer's CSR programme in Sarawak" yang mengupas mengenai projek pemulihan alam sekitar di Taman Negara Similajau.

Mereka menerima hadiah wang tunai RM1,000, plak dan sijil.

Wartawan Andy Chua turut menerima hadiah wang tunai RM1,000 bagi tempat ketiga - anugerah laporan berita (kategori bahasa Inggeris).

Penyertaannya bertajuk "Muslim group leads the way".  

Majlis anugerah dianjurkan oleh Persatuan Wartawan Persekutuan Sarawak dan ditaja oleh Petronas, Sarawak Energy Bhd dan Shell.  

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan