Senarai Hitam Syarikat Sokong, Taja Bersih - Rahman Dahlan

Diterbitkan: Ahad, 23 Oktober 2016 6:49 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mana-mana syarikat yang menerima kontrak kerajaan tetapi menaja dan menyokong perhimpunan Bersih untuk menggulingkan kerajaan akan disenarai hitam, demikian amaran yang dilontarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Menerusi kenyataan dalam laman Twitter, Abdul Rahman berkata, beliau akan mengarahkan Unit Perancangan Ekonomi dan Unit Kerjasama Awam Swasta untuk mengkaji latar belakang syarikat yang terlibat.

"Syarikat yang didapati menyokong perhimpunan haram akan disenarai hitam serta-merta.

"Saya pasti banyak lagi syarikat lain yang boleh memberi syarat sama atau lebih baik, sekali gus layak diberi peluang," kata beliau.

Rahman berkata demikian merujuk kepada artikel Awang Selamat yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia.

Dalam artikel itu, Awang mendakwa terdapat syarikat dan usahawan yang menerima kontrak kerajaan menyokong perhimpunan Bersih.

"Syarikat pro-Bersih perlu disenarai hitam, sebagai mana dilakukan oleh pembangkang di negeri masing-masing yang dengan melabel kumpulan ini sebagai musuh kerajaan negeri," jelas Awang.

Selain itu, Awang mendakwa keuntungan yang diperoleh oleh syarikat terbabit digunakan untuk menaja pergerakan Bersih, kumpulan yang mahu menumbangkan kerajaan secara tidak demokratik.

Tags / Kata Kunci: Abdul Rahman Dahlan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan