Kit Siang Kagum Pembentangan Bajet 2017 Guna Powerpoint

Diterbitkan: Ahad, 23 Oktober 2016 1:32 PM

Lim Kit Siang

Lim Kit Siang.

(Ubah saiz teks)

KULAI: Pembentangan Bajet 2017 menerusi powerpoint di Parlimen dipuji dan seharusnya diperluaskan kepada ahli parlimen lain.

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, ia dilakukan buat pertama kali dan merupakan pembaharuan parlimen yang baik.

Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat.

"Kita berharap ia juga diperluaskan kepada ahli-ahli parlimen dari Pakatan Rakyat. Jadi, kita juga boleh membentangkan idea-idea menggunakan powerpoint," katanya, sambil menambah bahawa pembentangan seumpama itu perlu digerakkan di semua negeri termasuk sidang dewan undangan negeri (DUN).

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri konvensyen DAP Johor di sini, Ahad.

Mengenai pilihan raya umum ke-14 (PRU-14), pengerusi parti negeri, Liew Chin Tong berkata, parti itu mengadakan perbincangan bersama anggota pakatan membabitkan agihan kerusi yang dipertandingkan.

"Matlamat utama kami adalah mengambil alih negeri pada pilihan raya umum akan datang, dengan lebih 29 kerusi.

"Kita juga akan bekerjasama dengan parti-parti lain termasuk Parti Pribuni Bersatu Malaysia," tambahnya.

Liew berkata, rundingan mengenai agihan kerusi masih berjalan.

Beliau bagaimanapun berkata, mereka perlu mengemukakan idea yang baik untuk meyakinkan para pengundi di Johor dengan memberi peluang kepada mereka.

Pada masa ini, pembangkang mempunyai 19 ahli dewan undangan negeri (Adun) di 56 kerusi.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan