Tahun Ekonomi Internet Malaysia 2017 Manfaatkan Rakyat Sabah

Diterbitkan: Ahad, 23 Oktober 2016 9:32 PM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yakin Tahun Ekonomi Internet Malaysia 2017 akan memanfaatkan rakyat negeri ini dalam bidang keusahawanan negara.   

Beliau berkata tahun ekonomi Internet itu menunjukkan pentingnya teknologi digital dalam sektor keusahawanan selain ia kini menjadi sebahagian daripada elemen kehidupan.

Sehubungan itu, para usahawan kecil perlulah merebut peluang dan ruang yang kerajaan negeri sediakan untuk memajukan perniagaan mereka, katanya ketika merasmikan Kursus Mega E-Usahawan di sini, Ahad.   

Kursus itu, yang disertai 1,000 usahawan kecil, dianjurkan bersama oleh Kumpulan Yayasan Sabah, Majlis Perbandaran Sandakan, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).   

Terdahulu, Pengerusi Yayasan Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata kursus e-usahawan itu merupakan program bersepadu yang antaranya bertujuan membantu meningkatkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti ekonomi berasaskan pemasaran digital.   

Ia juga dapat memberikan pendedahan kepada generasi muda dan peniaga kecil untuk memasarkan produk mereka melalui teknologi terkini. -Bernama

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan