Tony Fernandes Raih Anugerah Kecemerlangan Keusahawanan Asean

Diterbitkan: Sabtu, 22 Oktober 2016 2:25 PM

Tony Fernandes.

Tan Sri Tony Fernandes

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengasas Bersama dan juga Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes meraih Anugerah Kecemerlangan Keusahawanan Asean EY atas sumbangan beliau kepada rantau ini.

"Ia adalah satu penghormatan diberi pengiktirafan oleh EY. Seorang usahawan yang berjaya adalah kerana kakitangannya dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada kesemua 17,000 AirAsia Allstars yang menjadikan ia satu kenyataan," kata Fernandes dalam satu kenyataan Sabtu.

Fernandes, yang menerima anugerah itu pada majlis makan malam gala di Singapura semalam berkata rantau ini memerlukan lebih banyak jenama Asean untuk mencabar pasaran terkemuka di Asia Utara, Eropah dan Amerika Syarikat.

"Kita hanya boleh melakukan demikian jika kita dibenarkan untuk mengumpulkan sumber-sumber kita bersama-sama," katanya.

Anugerah itu diberikan setiap tahun kepada usahawan ASEAN yang telah menunjukkan semangat keusahawanan, prestasi kewangan, hala tuju strategik, global atau kesan komuniti, inovasi dan integriti peribadi atau pengaruh.
Tags / Kata Kunci: Tony Fernandes , AirAsia , Asean EY

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan