Pembangkang Tidak Hormat Sistem Demokrasi Berparlimen - PM

Diterbitkan: Sabtu, 22 Oktober 2016 1:29 PM

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2017 'Berteraskan Kesejehteraan Rakyat' di Parlimen, petang Jumaat. Turut hadir Timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Perdana Menteri membidas tindakan pihak pembangkang meninggalkan Parlimen ketika pembentangan Bajet 2017 semalam dan menganggapnya sebagai tidak menghormati Sistem Demokrasi Berparlimen dan kandungan bajet itu sendiri.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembentangan Bajet 2017 itu adalah amalan penting dalam sistem demokrasi berparlimen kerana ia mengandungi pelbagai usaha yang akan dilaksanakan untuk kepentingan rakyat.


"Apabila sesuatu bajet itu dibentangkan, walaupun tidak bersetuju atau selaras dengan pendapat kita, namun ia merupakan bajet dalam sistem demokrasi berparlimen, maka ia menjadi bajet untuk rakyat dan negara.

"...tetapi kalau mereka (pembangkang) tidak menghormati pembentangan bajet mereka bukan sahaja tidak menghormati demokrasi berparlimen tetapi juga kandungannya yang menghuraikan kandungan untuk rakyat," katanya kepada media Malaysia Sabtu.

Perdana Menteri berkata demikian selepas memberikan penghormatan terakhir kepada Raja Bhumibol Adulyadej di Grand Palace di sini.

Baginda yang menduduki takhta selama 70 tahun sejak 1946, mangkat di Hospital Siriraj di sini pada 13 Oktober.

Perdana menteri tiba di Bangkok semalam bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan pegawai kanan kerajaan yang lain.

Menurutnya, Bajet 2017 itu menghuraikan pelbagai usaha untuk rakyat daripada soal pendidikan, kesihatan, perumahan, gaji dan perjawatan dalam perkhidmatan awam serta pertahanan dan keselamatan.

"Segala bentuk bantuan kepada rakyat dihuraikan dalam bajet. Apabila mereka bangun meninggalkan persidangan Parlimen, mereka membelakangkan kepentingan rakyat," katanya.

Walaupun tidak bersetuju dengan Bajet 2017 itu, beliau berkata, pembangkang boleh membahaskannya minggu depan serta mengkritiknya dan ia tidak menjadi masalah.

"Ia tidak menjadi masalah, tetapi apa yang kita mahukan adalah peranan membina mereka sebagai pembangkang bukan tidak menyertai proses pembentangan bajet di Parlimen," katanya.

Perdana Menteri berkata, tindakan pembangkang semalam itu tidak menyebabkan sebarang masalah kepada Barisan Nasional (BN).

Menurut Najib, pihak yang akan menanggung kerugian semalam adalah pihak pembangkang itu sendiri dan rakyat akan menilai tindakan mereka itu.

"Bagi BN, kita tidak menjadi masalah kerana yang akan menanggung kerugian adalah pembangkang kerana rakyat boleh membuat penentuan mereka sendiri dalam hal ini," katanya.

Perdana Menteri dan isteri dijangka berlepas pulang ke tanah air petang ini.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan