Orang Ramai Perlu Dapatkan Nasihat Optometris Berdaftar

Diterbitkan: Sabtu, 22 Oktober 2016 8:06 PM

Dr Hilmi Yahaya

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:  Orang ramai perlu memastikan optometris yang mereka dapatkan nasihat adalah berdaftar di bawah  Akta Optik Malaysia 1991, untuk benar-benar mengatasi isu mengenai kesihatan mata.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata orang ramai perlu meminta optometris yang mereka temui menunjukkan Perakuan Pengamalan Tahunan bagi membuktikan mereka adalah optometris berdaftar. 

Beliau berkata optometris memberikan perkhidmatan lebih daripada memberikan preskripsi kaca mata kepada pesakit kerana mereka sebenarnya terlatih dan dididik untuk memeriksa dan menentukan kesihatan mata.

"Pilihan terletak pada orang ramai, sebagai pengguna sama ada mendapatkan penjagaan mata daripada optometris berdaftar atau sebaliknya," kata beliau dalam ucapan pada program jerayawara "Jom Jumpa Optometris! di sini hari ini.  

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah Bahagian Amalan Perubatan, Dr Ahmad Razid Salleh.

Program jerayawara selama tiga hari yang berakhir pada Ahad dianjurkan olehMajlis Optik Malaysia (MOM) dan Persatuan Optometris Malaysia (AMO) di bawah skop Kementerian Kesihatan. 

Dilaksanakan di bawah naungan Kempen Kesedaran Kesihatan Mata Kebangsaan 2016, jerayawara ini mengandungi siri ceramah pendidikan dan petua daripada optometris mengenai prosedur betul dalam menjaga penglihatan seseorang.

Dr Hilmi berharap jerayawara ini akan mencapai matlamat utamanya dalam mendidik orang ramai bahawa kunjungan kepada optometris juga bermakna satu lawatan untuk khidmat nasihat berkenaan kesihatan mata, selain daripada perkara mengenai kaca mata dan kanta lekap.

"MOM dengan bantuan AMO telah mengambil satu langkah proaktif melaksanakantanggungjawab dalam mendidik orang ramai mengenai optometri sebagai suatu kerjaya, dan apakan sebenarnya dilakukan oleh optometris dalam rutin kerjamereka dalam konteks penjagaan kesihatan mata yang seolah-olah seperti hanya pemeriksaan 'preskripsi kaca mata' dan penjualan kaca mata atau kanta lekap,"katanya.

Dr Hilmi juga berkata ini adalah masa yang sesuai bagi AMO sebagai sebuahpersatuan profesional kebangsaan untuk memulakan langkah menggalakkan optometri suntuk membezakan fungsi optometris dalam kesihatan klinikal dan peranan dalam memberikan khidmat pendispensan preskripsi kanta di premis mereka.   

"Ini bagi memastikan orang ramai akan mengetahui mereka berada di klinik optometris untuk isu kesihatan mata selain daripada membeli kaca mata atau kanta lekap," katanya.

Turut hadir di jeyarawara itu, Presiden AMO Murphy Chan dan Setiausaha MOM, Nor Azizah Ismail. -Bernama

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan