Kursus Asas Imigresen Dilanjutkan Enam Bulan

Diterbitkan: Sabtu, 22 Oktober 2016 3:33 PM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Kursus Asas Imigresen dilanjutkan kepada enam bulan berbanding 34 hari ketika ini, dengan menekankan aspek disiplin dan kerohanian.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata lanjutan tempoh kursus itu juga melihat kepada keperluan skop tugasan semasa yang semakin mencabar yang perlu digalas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

"Lanjutan tempoh kursus ini perlu seperti mana tempoh kursus yang dijalani anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia iaitu enam hingga sembilan bulan.

"Modul juga harus ditambah dengan menekankan aspek disiplin, perundangan, kerohanian serta fikrah pemikiran," katanya kepada pemberita selepas majlis Perbarisan Tamat Latihan Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29 siri 2 tahun 2016 di sini, Sabtu.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri (KDN) berkata penambahbaikan modul itu juga dilihat dapat mengubah persepsi masyarakat dengan ketrampilan dan penampilan baharu Jabatan Imigresen Malaysia yang telah dibentuk sejak dalam kursus latihan kerana mereka juga merupakan penguat kuasa yang berada di barisan hadapan.

"JIM bukan hanya kendalikan soal pasport lagi kerana mereka berada di barisan hadapan negara walaupun bukan di medan perang tetapi terlibat dalam soal keselamatan sempadan," kata Ahmad Zahid.

Beliau berkata JIM turut terlibat dalam menentukan sempadan negara tidak dibolosi oleh mana-mana unsur yang cuba ganggu-gugat keselamatan negara biarpun hanya pendatang asing tanpa izin atau pekerja asing.

Sementara itu ditanya berkenaan imbuhan kepada pemberi maklumat berhubung pendatang asing tanpa izin, Ahmad Zahid berkata perkara itu masih dalam peringkat perbincangan.

"Saya belum memikirkan perkara itu... saya akan berunding dengan Ketua Setiausaha KDN dan Ketua Pengarah JIM," katanya.

Pada majlis itu, seramai 95 orang peserta menamatkan kursus dan akan mula bertugas pada Isnin ini.

Anugerah Keseluruhan Terbaik yang membawa gelaran 'Anugerah Ketua Pengarah Imigresen Malaysia' dianugerahkan kepada Kadet Pegawai Muzafarudin Samsudin. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Imigresen , Zahid Hamidi

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan