Entulu Dakwa Pemilihan PRS Tidak Telus

Diterbitkan: Sabtu, 22 Oktober 2016 10:10 PM

Joseph Entulu Belaun

(Ubah saiz teks)

BINTULU: Parti Rakyat Sarawak (PRS) akan berdepan dengan krisis kepimpinan sekiranya pemilihan pemimpin-pemimpin utama parti tidak telus, kata Timbalan Presiden PRS Datuk Joseph Entulu Belaun.

Beliau memdakwa kaedah mengendalikan urusan pengundian parti pada Persidangan Perwakilan PRS kali ini meragukan kerana adanya pertandingan bagi jawatan itu.

"Saya tidak puas hati sebab menerima aduan bahawa sejak adanya pertandingan jawatan Timbalan Presiden PRS, ada orang menyimpan senarai perwakilan sehingga hari ini,"katanya selepas merasmikan persidangan tiga tahun sekali PRS bagi pergerakan Wanita dan Pemuda di sini, Sabtu.

Entulu bakal dicabar Datuk Joseph Salang Gandum yang juga bekas Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden itu, yang disandangnya sejak 2006.

Entulu yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri mendakwa senarai itu tidak diketahui langsung berikutan cara pihak tertentu mengendalikan pemilihan parti tahun ini.

"Saya nak memastikan bahagian yang telah mencalonkan nama saya," katanya sambil menjelaskan kritikannya itu bertujuan mengelak timbulnya keraguan selepas keputusan pemilihan diumumkan pada Ahad.

Terdahulu, dalam ucapannya Entulu mendakwa adanya ketidaktelusan dalampemilihan Timbalan Presiden PRS kali ini dengan menggunakan analogi ibarat menjaga 'jam tangan Rolex RM5 juta' yang dikawal dengan ketat.

Katanya beliau tidak mahu PRS berpecah-belah seperti Parti Bansa Dayak Sarawak pada 2003 akibat krisis kepimpinan. 

Seramai 635 anggota perwakilan daripada 346 bahagian utama, 125 daripada pemuda dan 164 daripada wanita menyertai persidangan itu.

PRS adalah parti komponen BN di Sarawak selain daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Parti Progresif Demokratik (PDP) yang dulu dikenali sebagai Parti Progresif Demokratif Sarawak (SPDP). -Bernama

Tags / Kata Kunci: Datuk Joseph Entulu Belaun , PRS

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan