Netizen Kagum Lelaki Guna Tangan Tangkap Ular Tedung Selar

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2016 12:32 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Aksi berani seorang lelaki menangkap seekor ular tedung selar dengan hanya menggunakan tangan mengagumkan ramai netizen apabila videonya bertarung dengan reptilia tersebut tersebar di laman sosial.

Rakaman selama dua minit 50 saat itu menunjukkan lelaki berbaju hitam dan berseluar pendek menarik ekor ular terbabit dari kawasan semak sambil dirakam seorang rakannya.

Dengan berbekalkan sebatang kayu, lelaki yang tidak diketahui identitinya itu kelihatan bertungkus-lumus untuk menangkap ular tersebut yang dipercayai berukuran kira-kira empat meter.

Selepas beberapa minit bertarung, akhirnya reptilia berbisa itu tumpas di tangan lelaki tersebut.

Kejadian berkenaan dipercayai berlaku di pekan Selama, Perak, baru-baru ini.

Ternyata keberanian lelaki berkenaan mendapat pujian ramai netizen mengagumi kemahirannya menangkap ular terbabit tanpa menggunakan peralatan khas.

Malah netizen yang dikenali sebagai Suk Sa Saiful berkata, lelaki itu sangat dikenali di Selama dan sering menangkap ular di kawasan pekan itu walaupun pada pukul 4 pagi.


Tags / Kata Kunci: Ular Tedung Selar , Viral

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan