Program Biasiswa Diteruskan Bagi Mantapkan Pendidikan Tinggi

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2016 5:08 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Program biasiswa di bawah pelbagai kementerian diteruskan oleh kerajaan dalam usaha memantapkan sektor pendidikan tinggi negara.

Menurut Laporan Ekonomi 2016/17 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, sebanyak RM684 juta telah diagihkan kepada 48,830 pelajar bagi pelbagai biasiswa di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sehingga Ogos tahun ini.

Antara program di bawah JPA ialah Program Biasiswa Nasional, Program Kejuruteraan Khas, Program Bursary, Program Pasca Bursary, Program Ijazah Dalam Negara, yang disediakan dalam bentuk pinjaman boleh ubah dan Program Dermasiswa B40, yang merupakan biasiswa penuh.

Laporan itu turut menyebut sebanyak RM133.1 juta telah diagihkan kepada 159,483 pelajar bagi biasiswa di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang melibatkan Program Biasiswa Persekutuan, Program Bursary dan Program Pelajar Cemerlang.

Bagi program biasiswa di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi pula, sebanyak RM62.2 juta telah diagihkan kepada 2,307 pelajar melalui Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB), Sub Kepakaran dan Pasca Doctoral (SKDP), 'My Brain Science', Biasiswa Sukan dan Biasiswa Komanwel, juga bagi tempoh sama.

Biasiswa Kementerian Kesihatan yang memberi keutamaan kepada pegawai perubatan dan pelatih paramedik telah mengagihkan sebanyak RM153.5 juta kepada 3,822 pegawai perubatan dan 14,884 pelatih paramedik. - BERNAMA
Tags / Kata Kunci: biasiswa , JPA , pendidikan tinggi

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan