Polis Selangor Tubuh Unit Pengurusan Saksi

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2016 3:30 PM

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat (tengah) menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor antara DCP Datuk Mohd Adnan Abdullah kepada SAC Fadzil Ahmat (kanan) di Dewan Utama, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Polis Selangor merangka penubuhan unit baharu yang akan mengendalikan pengurusan saksi untuk proses mengemukakan sapina dan waran tangkap secara sistematik.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, cadangan penubuhan unit berkenaan sudah dibincangkan dan dicadangkan kepada pihak atasan.

“Kami berharap penubuhan unit ini akan diperluaskan ke setiap kontinjen supaya tugasan untuk mengemukakan waran tangkap dan sapina kepada saksi dapat dijalankan dengan lebih berkesan,” katanya di Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor di sini, Jumaat.

Majlis yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor menyaksikan Senior Asisten Komisioner (SAC) Fadzil Ahmat dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor baharu, menggantikan Senior Deputi Komisioner (DCP) Datuk Mohd Adnan Abdullah yang bersara wajib.

Mengenai operasi cegah jenayah kontinjen itu, kata Abdul Samah, sebanyak 3,783 serbuan dijalankan melibatkan aktiviti perjudian haram dalam talian di sekitar Selangor antara Januari sehingga September tahun ini.

Katanya, daripada jumlah serbuan itu, seramai 4,476 individu ditahan kerana terlibat dalam kegiatan judi secara haram.

"Bagaimanapun, kebanyakan premis ini tetap meneruskan kegiatan walaupun sudah banyak kali diserbu kerana ia perniagaan menguntungkan.

"Sehubungan itu, tindakan lebih tegas perlu dikenakan terhadap pihak terlibat, bukan sahaja meningkatkan denda, tetapi menyita dan mengenakan hukuman penjara terhadap pemilik premis," katanya.

Selain itu, katanya, nilai rampasan bagi kegiatan haram ini sehingga September adalah sebanyak RM33.233 juta merangkumi peralatan dan wang tunai sebanyak RM279,800.

Tambah beliau lagi, indeks jenayah bagi kontinjen Selangor merekodkan kenaikan sebanyak 313 kes kepada 25,992 kes.

 

Tags / Kata Kunci: Abdul Samah Mat , waran tangkap , sapina

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan