PM Bentang Bajet 2017 Berteraskan Kesejahteraan Rakyat Petang Ini

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2016 11:36 AM

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak memasukkan teks ucapan Bajet 2017 ke dalam beg ketika meninjau persiapan akhir Bajet 2017 di Kementerian Kewangan malam Khamis. 
Bersamanya ialah Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah (kiri) serta warga kerja kementerian. 
Najib akan membentangkan Bajet 2017 di Parlimen hari ini. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, dijadual membentangkan Bajet 2017 pada pukul 4 petang di Dewan Rakyat, Jumaat.

Bajet yang sememangnya dinantikan ramai, berkemungkinan menumpukan usaha menangani kos sara hidup khususnya aspek perumahan, makanan dan pengangkutan yang sejajar prinsip kerajaan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.'

Bertemakan 'Merancakkan Pertumbuhan, Memastikan Pengurusan Fiskal Berhemat, Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat,' Bajet 2017 itu dijangka menyenaraikan beberapa langkah dalam usaha menangani cabaran ekonomi negara berikutan ketidaktentuan di peringkat global.

Sejajar matlamat mutlak bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat secara saksama dan inklusif, bajet berkenaan turut mengetengahkan pendekatan baharu bagi memacu industri tertentu mengharungi kelembapan ekonomi global.

Industri berkenaan terjejas akibat penyusutan perdagangan antarabangsa selain tempias tindakan Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) serta ketidaktentuan global susulan penurunan harga komoditi seperti minyak mentah, mineral, minyak sawit dan getah.

Malah, pihak Kementerian Kewangan turut mengadakan beberapa sesi perbincangan dengan pelbagai pihak berkepentingan mengenai pelbagai isu serta saranan bagi Bajet 2017 selain mempelawa pembabitan orang ramai dengan berkongsi pandangan serta idea.

"Proses perancangan bagi Bajet 2017 itu melibatkan beberapa langkah bagi memacu ekonomi berteraskan matlamat untuk mensejahterakan rakyat secara saksama dan inklusif," kata Najib pada persidangan Dewan Rakyat, Isnin lepas.

Perdana Menteri turut membangkitkan keadaan ekonomi negara, termasuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang mencatat pertumbuhan 5.0 peratus pada tahun lepas dan mengatasi negara serantau seperti Indonesia (4.8 peratus), Thailand (2.8 peratus) dan Korea Selatan (2.6 peratus).

Ekonomi Malaysia pada separuh pertama tahun ini juga berkembang pada kadar 4.1 peratus dan diunjur meningkat pada kadar 4.0-4.5 peratus bagi 2016.

Menerusi Bajet 2016, sejumlah RM267.2 bilion diperuntukkan berbanding  RM260.7 bilion pada 2015.

Pada 28 Januari 2016, kerajaan bertindak melakukan pengubahsuaian Bajet 2016 yang membabitkan aspek inisiatif dan peruntukan yang diluluskan Parlimen.

Ucapan pembentangan Bajet 2017 itu akan disiarkan secara langsung menerusi Bernama News Channel dan menerusi penstriman langsung Bernama Online manakala berita mutakhir di Facebook dan Twitter Bernama.
Tags / Kata Kunci: Bajet 2017 , Kesejahteraan Rakyat

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan