Bajet 2017: Ahli Parlimen Pembangkang Keluar Dewan

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2016 6:54 PM

Ahli Parlimen pembangkang masih di tempat duduk mereka sebelum bertindak keluar dari Dewan Rakyat ketika pembentangan Bajet 2017.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang, kecuali wakil PAS bertindak keluar dari Dewan Rakyat semasa Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2017.

Ia berikutan rasa tidak puas hati pembangkang berkaitan dengan bajet yang dibentangkan Najib yang juga Menteri Kewangan pada petang Jumaat.

Masing-masing bangun sambil memegang sepanduk "Siapa MO1?" yang merujuk kepada 'Malaysia Official 1".

Tindakan wakil pembangkang itu juga selepas Speaker Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta mereka berbuat demikian sekiranya terus membuat bising dan provokasi ketika pembentangan bajet masih berjalan.

"Ini bukan perbahasan bajet, itu minggu depan. Tolong duduk. Kalau tak nak dengar pembentangan bajet, sila keluar dewan," kata Pandikar.

Ketika itu, Najib memberitahu mengenai tuduhan bahawa Bajet 2017 sebagai satu 'sandiwara' yang dikatakan sekadar janji dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

"Baru-baru ini, kita mendengar ada pihak yang membuat tuduhan bahawa Bajet 2017 adalah satu sandiwara, kononnya tanpa substance dan kerajaan tidak mempunyai wang mencukupi.

"Malah ada pemimpin pembangkang menyebut pula, "Malaysia mengharungi ribut ekonomi yang sukar pada tahun ini.

"Sebenarnya siapa yang bermain sandiwara? Siapa tiada substance sebenarnya? Siapa yang menjadi pembelot dan pengkhianat negara sebenarnya? Di mana pula timbulnya ribut itu?," ujar Najib.

Tags / Kata Kunci: Bajet 2017 , Dewan Rakyat , Menteri Kewangan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan