Jamal Hanya 'Perang Mulut' - KPN

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2016 2:52 PM

Tan Sri Khalid Abu Bakar

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan tindakan Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos yang mengisytiharkan perang terhadap Bersih 5.0 sebagai 'perang mulut'.

"Setakat kenyataan melancarkan perang, pada saya ia hanyalah 'war of words', jadi terpulang pada anda untuk menerimanya. Tetapi kalau ada laporan, kita akan melihat perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Program Diploma Eksekutif Sains Siasatan Sesi 2015/2016 di Maktab PDRM di sini, Jumaat.

Dalam pada itu, Khalid berkata, sekiranya kedua-dua pihak iaitu penganjur Bersih 5.0 dan NGO diterajui Jamal ingin mengadakan perhimpunan pada bulan depan, mereka perlu memohon kebenaran berhimpun terlebih dahulu.

"Mereka harus memohon permit berhimpun dahulu. Jika tidak mereka akan diambil tindakan dan polis tidak akan memilih mana-mana pihak dalam mengambil tindakan," katanya.

Jamal yang ditahan pada Rabu lepas, dibebaskan dari Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi dengan jaminan polis petang Khamis.

Sebaik dibebaskan, Jamal berkata gerakan Baju Merah akan mengadakan perhimpunan besar-besaran menentang Bersih 5.0 yang dijangka diadakan pada November di Dataran Merdeka.

Pada majlis itu, seramai 45 pegawai kanan polis, Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang terdiri daripada 34 lelaki dan 11 wanita berjaya menamatkan kursus mereka selama tiga semester yang bermula Mac tahun lepas.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan