Intipati Bajet 2017

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2016 4:00 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, menunjukkan beg mengandungi teks ucapan Bajet 2017 semasa meninggalkan perkarangan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan menuju ke Parlimen untuk membentangkan Bajet 2017 Jumaat. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

BERIKUT ialah intipati Bajet 2017 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat Jumaat.

Bajet 2017 bertemakan "Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh".

- Bajet 2016 memperuntukkan RM260.8 bilion, peningkatan 3.4 peratus daripada pengubahsuaian Bajet 2016.

- RM214.8 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

- RM77.4 bilion untuk emolumen, RM32 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan.

- Dengan adanya GST, kerajaan berupaya menampung perbelanjaan di kala sumber yang lain berkurangan.

- Kini, Msia sebuah negara "upper middle income" mengatasi banyak negara bukan sahaja di Asia, namun di seantero dunia.

- KDNK PPP per kapita rakyat Malaysia telah meningkat dari AS$23,100 pada 2012 kepada AS$26,891 pada 2015.

- Pelaburan asing yang diluluskn bagi separuh pertama 2016 adalah lebih RM28 bilion, peningkatan 32%, tidak termasuk pelaburan domestik lebih RM60 bilion.

- Pertemuan PM dengan komuniti perniagaan Jerman bulan lalu, 'mereka nyatakan minat untuk kekal dengan pelaburan di sini, yakin dengan dasar-dasar kerajaan'.

- Syarikat Osram telah umum pelaburan 1bE, hampir RM5 bilion. Pelaburan untuk kilang LED di Kulim Kedah ini adalah yang terbesar di dunia.

- PM akan ke China minggu hadapan dalam satu lagi misi menarik pelaburan luar.

- Bajet 2017 digubal dengan berpegang kepada lima prinsip dan falsafah kerajaan.

- PM juga zahirkan ucapan takziah kepada keluarga beberapa insan yang banyak berjasa kepada negara, antaranya Allahyarham Tan Sri Hj Abdul Aziz Tapa dan Allahyarham Datuk Dr Haron Din.

- Sebagai menghargai khidmat bakti dan jasa penjawat awam, PM mengumumkan:

1. Cuti belajar dengan gaji penuh dan biasiswa juga diberi kepada kumpulan pelaksana.

2. Pemberian cuti kuarantin kepada penjawat awam yang anaknya sakit dan perlu dikuarantin menerusi cuti tanpa rekod sebanyak lima hari.

3. Kemudahan pembiayaan untuk membeli komputer diperluaskan meliputi pembelian telefon pintar. Had pinjaman sehingga RM5,000 setiap tiga tahun.

4. Kerajaan memutuskan bahawa had pinjaman pembelian motosikal akan dinaikkan dari RM5,000 kepada RM10,000.

5. Kelayakan pinjaman perumahan dinaikkan dari serendah-rendah RM120,000 kepada RM200,000, pinjaman paling tinggi dari RM600,000 ke RM750,000.

6. Sebanyak 30,000 unit lagi Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia akan disiapkan dengan harga jualan antara RM90,000 hingga ke RM300,000.

7. Pegawai "contract of service & contract for service" yang akan tamat hujung tahun ini, kerajaan lanjutkan sekurang-kurangnya setahun lagi.

8. Satu lapisan gred baru, gred 56 iaitu antara gred 54 & JUSA C diwujudkan bagi pegawai perubatan pakar & pegawai pergigian pakar.

9. Kerajaan ambil keputusan melantik secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan, pergigian & farmasi selewat-lewatnya Disember 2016.

10. Hampir 2,600 orang doktor yang tidak dapat penempatan housemanship di mana-mana hospital kini boleh jalani housemanship secara kontrak.

- PM membetulkan beberapa tuduhan yang dimomok oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga mengeliru & timbulkan keresahan tidak menentu.

1. Mengenai kononnya kerajaan akan bankrap atau muflis:

- Kerajaan hanya dikategorikan bankrap atau muflis sekiranya tidak mampu bayar tanggungan hutang-hutangnya.

- Menerusi agensi penarafan Fitch, terkini Malaysia diberi penarafan A- berbanding Filipina BBB- , Thailand BBB+ , Vietnam BB.

- Penarafan Malaysia sama dengan negara yang ekonominya lebih besar & maju daripada negara kita seperti Korea AA- , China A+ , Taiwan A+ , & Jepun A.

2. Dikatakan bahawa "Malaysia is a Failed State", atau Negara Yang Gagal:

- Ini hanya terjadi seandainya negara gagal melaksanakan sebahagian besar tanggungjawab & fungsi asas kerajaan.

- Ini termasuklah kegagalan mengawal keamanan & keselamatan, gagal bayar gaji penjawat awam, kadar inflasi melambung tinggi.

- Menjadi hasrat kerajaan untuk tingkatkan "disposable income" golongan rakyat M40 walaupun golongan ini tidak mempunyai masalah penuhi keperluan asas mereka.

- B40 pula ialah golongan dengan pendapatan isi rumah RM3,900 ke bawah. Kadar pertumbuhan pendapatan mereka meningkat lebih pantas berbanding M40 & T20.

- Demi kesejahteraan rakyat, kerajaan akan terus komited laksanakan projek & program Rakyat Centric di bandar & luar bandar seperti berikut:


1. Sebanyak 97,000 lampu jalan, 3,000 lampu LED di persimpangan jalan akan dipasang, melibatkan 7,500 kampung di seluruh negara, termasuk Sabah & Sarawak.

2. Bina & naik taraf 616km jalan kampung & jambatan bagi tingkatkan jaringan perhubungan kampung, pekan & bandar dengan peruntukan RM1.2 bilion.

3. Bagi menyelenggara jalan negeri, RM4.6 bilion disediakan kepada semua negeri di bawah Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia.

4. Bina & baik pulih 17,000 unit rumah usang & daif di kampung terpencil & penempatan Orang Asli dengan peruntukan RM350 juta.

5. Setiap unit rumah diberi bantuan baik pulih antara RM1,000 hingga RM15,000 bergantung kepada usangnya keadaan rumah tersebut.

6. Tingkatkan penyediaan bekalan air bersih dengan RM732 juta, mensasarkan 5,200 rumah termasuk naik taraf sistem bekalan air.

- Bagi menaik taraf kapasiti dan menjamin bekalan air, kerajaan memperuntukkan geran RM156 juta & RM509 juta dalam bentuk pinjaman.

- Untuk atasi masalah bekalan air di seluruh negara, Tabung Bekalan Air akan diwujudkan segera, berperuntukkan RM500 juta.

- Menyediakan bekalan elektrik luar bandar, mensasarkan hampir 10,000 buah rumah dengan peruntukan RM460 juta.

- Kerajaan akan laksana Projek Mesra Rakyat dengan RM800 juta untuk naik taraf & bina surau, titi, parit, balai raya, pasar & gerai perniagaan kecil.

- 69 projek Rancangan Tebatan Banjir akan diteruskan di seluruh negara dengan peruntukan RM495 juta.

- Inisiatif baru MyBeautiful New Home khusus kepada B40, dengan peruntukan RM200 juta. 5,000 unit rumah akan dibina dengan harga RM40,000 - RM50,000 seunit.

- Kerajaan akan membiayai RM20,000 dan bakinya dibayar secara ansuran oleh pemilik.

- Syaratnya, rumah ini akan dibina di tanah milik sendiri, tanah yang telah dapat kebenaran tuan tanah & tanah kurniaan kerajaan negeri.

- KPKT pula akan membina 9,850 unit rumah di bawah PPR dan menyediakan sebanyak RM134 juta bagi 2017.

- 11,250 rumah PPR sedang dalam pembinaan, RM576 juta disediakan. Rumah ini dijual dengan harga RM35,000-RM42,000 walaupun kos pembinaan RM120,000-RM160,000.

- Bagi membantu meningkatkan peluang pendapatan rakyat, terutamanya kelompok B40, RM275 juta diperuntukkan.

- Kerajaan sediakan peruntukan subsidi hampir RM10 bilion, merangkumi subsidi bahan api termasuk gas memasak, pampasan tol & pengangkutan awam.

- Kerajaan perkenal Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak RM200 sebulan bagi 3 bulan pada Nov, Dis & Jan, manfaatkan 440,000 pekebun kecil & penoreh getah.

- Bagi meringankan beban sara hidup 57,000 nelayan, pemberian elaun RM200-RM300 sebulan akan diteruskan.


- Dedak bukan, umpan pun bukan, BR1M yang ikhlas satu pemberian:


1. BR1M kepada isi rumah dalam senarai e-Kasih & berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 dinaikkan dari RM1,050 & RM1,000 kepada RM1,200.

2. BR1M kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 akan dinaikkan dari RM800 kepada RM900.

3. Bagi individu bujang berpendapatan bawah RM2,000, BR1M akan dinaikkan dari RM400 kepada RM450.

- Skim Khairat Kematian diteruskan dengan pampasan RM1,000 kepada waris penerima BR1M bagi kategori isi rumah & warga emas dengan peruntukan RM6.8 bilion.

- Kapasiti pendidikan TVET akan diperkasakan dengan peruntukan RM4.6 bilion kepada institusi-institusi TVET:

- 9 buah kampus Institut Pendidikan Guru akan diubahsuai untuk menjadi Politeknik dan Kolej Vokasional.

- 4 buah akan menjadi Politeknik, empat lagi Kolej Vokasional, dan sebuah lagi sebagai pusat latihan jurulatih TVET.

- Di atas inisiatif kreatif ini, hanya RM400 juta diperuntukkan berbanding RM250 juta untuk bina sebuah politeknik baru, jimatkan dana kerajaan sehingga RM2 bilion.

- RM270 juta disediakan untuk naik taraf peralatan pembelajaran di institusi TVET serta RM360 juta bagi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran.

- Potongan cukai sebanyak dua kali diberikan ke atas perbelanjaan syarikat swasta yang menyediakan "Structured Internship Programme".

- Geran padanan latihan & pembangunan kurikulum diberi kepada institusi TVET awam yang dapat sumbangan dalam bentuk peralatan daripada industri.

- RM50 juta disediakan untuk perluasan program Skim Latihan 1Malaysia oleh GLC kepada 20,000 graduan bagi 2017, berbanding 15,000 graduan pada 2016.

- Kerajaan akan sediakan tanah kerajaan yang tidak digunapakai di lokasi strategik kepada GLC & PR1MA untuk bina lebih 30,000 rumah, harga RM150k-RM300k:

- Kerajaan akan bina 10,000 rumah di bandar untuk disewa oleh golongan muda yang layak dengan pekerjaan yang tetap termasuk graduan muda yang baru bekerja.

- Syarikat Perumahan Negara Bhd diperuntukkan RM200 juta untuk bina lebih 5,000 unit Rumah Mesra Rakyat dengan subsidi kerajaan sehingga RM20,000 seunit.

- PM umum satu skim pembayaran akhir atau "end-financing" khas jenis "step-up" untuk program PR1MA:

1. Proses permohonan akan mula dilaksana pada 1 Januari 2017, hasil kerjasama antara kerajaan, BNM, KWSP & 4 bank iaitu Maybank,CIMB, RHB & AmBank.

2. Pengecualian duti setem dinaikkan kepada 100 peratus ke atas surat cara pindah milik & surat cara pinjaman perumahan.

3. Layanan pengecualian ini terhad kepada nilai rumah sehingga RM300,000 bagi pembelian kediaman pertama sahaja antara 1 Jan 2017 - 31 Dis 2018.

- Untuk pembangunan infrastruktur bagi Rumah Generasi Kedua, FELDA, FELCRA & RISDA masing-masing diperuntukkan RM200 juta, RM100 juta & RM100 juta lagi.

- Pelepasan cukai individu untuk pembelian bahan bacaan, komputer & peralatan sukan digabungkan sebagai pelepasan cukai gaya hidup.

- Pelepasan ini diberi sehingga RM2,500 setiap tahun, berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2017.

- Ini termasuklah pelepasan cukai untuk membeli akhbar.

- 4 lagi UTC di Negeri Sembilan, Perlis, P.Pinang & Selangor, 3 lagi RTC di Sabah & Sarawak akan dibina dengan peruntukan RM100 juta.

- Kadar duti setem ke atas surat cara pindah milik hartanah bernilai melebihi RM1 juta akan dinaikkan dari 3 kpd 4% mulai 1 Jan 2018.

- Projek rakyat-centric akan diteruskan melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta berjumlah RM10 bilion.

- Bagi pembangunan sukan, RM1.2 bilion disediakan. Ini meliputi RM450 juta khusus untuk penganjuran Sukan SEA ke-29 & Sukan Para ASEAN ke-9 pada 2017.

1. RM50 juta bagi pembinaan Akademi Bola Sepak Fasa II di Gambang, Pahang.

2. RM122 juta bagi membina & naik taraf fasiliti termasuk Kompleks Belia & Sukan Negeri-Negeri, Kompleks Futsal 1Malaysia & Kompleks Sukan Komuniti.

3. RM70 juta bagi Program Pembangunan Podium Sukan Elit untuk penyediaan atlet ke temasya sukan antarabangsa.

4. RM54 juta bagi Program Pembangunan Ahli Sukan termasuk Program Penyediaan Atlet dan Program Penyediaan Atlet Paralimpik.

- Usaha bersepadu terus dilaksanakan bagi tingkatkan tahap kesihatan & kualiti penjagaan kesihatan. RM25 bilion disediakan bagi program berikut:

1. Membina & naik taraf hospital-hospital baharu serta Klinik Kesihatan di Perlis, Kuching, Mukah, Jempol, Muar dan Johor Bahru.

2. Naik taraf kemudahan dengan RM536 juta, termasuk peralatan rawatan kardiologi di Hospital Serdang, P.Pinang, Sultanah Aminah JB & 100 ambulans.

3. RM4.5 bilion untuk operasi 340 Klinik 1Malaysia, 11 Klinik Bergerak 1Malaysia, 959 Klinik Kesihatan dan lebih 1,800 Klinik Desa.

4. RM4 bilion untuk bekalan ubat, "consumables", vaksin dan re-agen kepada semua hospital dan fasiliti kesihatan Kerajaan.

- Bagi kurangkan kesesakan hospital awam, kerajaan bekerjasama dengan swasta/NGO yang kendali "non-profit charitable" hospital ikut kadar kos hospital kerajaan.

- Pinjaman RM20 juta disediakan untuk membiayai pembelian peralatan hospital tersebut.

- Peruntukan RM110 juta, di mana RM70 juta untuk bantuan perubatan kepada 10 ribu pesakit kurang mampu.

- Bagi menggalakkan lebih banyak pusat hemodialisis swasta dibuka, RM40 juta diperuntukkan sebagai geran "one-off" RM200,000 untuk beli peralatan.

- RM80 juta bagi inisiatif pencegahan penularan wabak denggi & zika, dan juga memperluaskan Program Komuniti Sihat Perkasa Negara.

- Berkaitan kenaikan harga & jaminan bekalan makanan, RM1.3 bilion disediakan untuk tingkatkan pengeluaran bahan makanan dengan harga kompetitif:

- RM140 juta bagi Program Pengedaran Barang Perlu, pembukaan empat lagi MyFarm Outlet & tambah baik 150 premis Agrobazaar Rakyat 1Malaysia.

- Bagi pemandu teksi, RM60 juta untuk geran RM5,000 untuk beli kenderaan baru & tawarkan permit teksi individu, manfaat 12 ribu pemandu.

- Geran pelancaran RM60 juta untuk Skim PERKESO kepada pemandu teksi individu berpendapatan sehingga RM3,000 sebulan diperkenal.

- Pemandu teksi perlu carum kadar RM157-RM443 setahun/RM13.08 sebulan. Jika kemalangan waktu kerja, layak tuntut PERKESO.

- Bagi bantu B40 khususnya penerima BR1M jana pendapatan tambahan, kerajaan galakkan penyertaan sebagai pemandu "ride-sharing" seperti Uber.

- Pendapatan boleh cecah RM1,500 sebulan jika pandu separuh masa 10-40 jam seminggu & RM4,300 jika melebihi 40 jam seminggu.

- Jika tidak miliki kenderaan, bayaran pendahuluan boleh dibuat menggunakan BR1M & rebat RM4,000 bagi pembelian Proton Iriz.

- RM29 juta untuk naik taraf sistem perparitan & bina "2 Overhead Motorcycle Ramp" di Lorong Motosikal Lebuhraya Persekutuan.

- RM2.1 bilion untuk pembangunan infra & sosio ekonomi di 5 koridor iaitu: Wilayah Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Koridor Pembangunan Sabah & Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak.

- RM522 juta untuk MIDA bagi sektor tumpuan termasuk industri kimia, elektrik & elektronik serta aktiviti R&D.

- Untuk giatkan pasaran modal tempatan, "Small and Mid-Cap PLC Research Scheme" diperkenal bagi penyelidikan ke atas 300 syarikat.

- Tempoh pengecualian cukai pendapatan untuk entiti Perbankan Islam & Takaful jalankan aktiviti matawang asing "International Currency Business Unit".

- Untuk menggalakkan golongan muda buat pelaburan jangka panjang, kerajaan telah memperkenalkan Skim Persaraan Swasta atau PRS.

- RM286 juta disediakan untuk pengeluaran eksport perladangan sawit, getah, koko dan lada.

- Kerajaan akan terus memberi tumpuan ke atas promosi dan penambahbaikan kemudahan pelancongan. Sehubungan itu:

1. RM400 juta diperuntukkan, antaranya untuk inisiatif "clean air" dan "ecotourism".

2. Tempoh permohonan Taraf Perintis & Elaun Cukai Pelaburan bagi pelaburan hotel baru 4 & 5 bintang, dilanjutkan 31 Dis 2018.

3. Potongan cukai RM500,000 dinaikkan kepada RM700,000 bagi sektor swasta taja pertunjukan kesenian, kebudayaan & warisan tempatan luar negara.

- Program promosi Malaysia dengan Kempen Tahun Melawat ASEAN@50 sempena ulang tahun ASEAN & sebagai tuan rumah Sukan SEA & Sukan Para ASEAN 2017.

- Bagi capai sasaran 32 juta pelancong tahun hadapan, Kerajaan akan meluaskan eVisa ke negara di rantau Balkan dan Asia Selatan.

- RM162 juta diperuntukkan untuk MDEC bagi pelbagai program.

- Bermula Jan 2017, "fixed line broadband" ditawar dengan kelajuan lebih tinggi pada harga sama. Pelanggan 5mb/s pd RM149 kini dpt 10mb/s.

- Kerajaan akan lancarkan inisiatif supaya perkhidmatan jalur lebar di universiti awam ditingkatkan kepada maksimum 100 gigabit sesaat.

- SKMM akan menyediakan RM1 bilion supaya liputan & kualiti jalur lebar di seluruh negara mencapai 20 megabit sesaat.

- RM200 juta teruskan Bantuan Makanan Tambahan & Geran Per Kapita program TABIKA & TASKA, tambah baik pakej pemakanan manfaat 280,00 kanak-kanak.

- RM132 juta disediakan untuk tingkatkan akses kepada pendidikan pra-sekolah percuma di sekolah Kerajaan, manfaatkan 200,000 kanak-kanak.

- Setiap rakyat berhak dapat akses pendidikan percuma. Oleh itu inisiatif bagi sekolah rendah dan menengah:

1. Bangunkan semula 120 sekolah daif, 60 di semenanjung, 30 di Sabah & 30 di Sarawak guna IBS & naiktaraf 1800 makmal sains, peruntukan RM570 juta.

2. Siapkan pembinaan 227 sekolah, termasuk 8 sekolah baru dengan peruntukan RM478 juta.

3. Perluas program penguasaan Bahasa Inggeris melalui "Cambridge English", "Dual Language & Highly Immersive" dengan peruntukan RM90 juta.

- Untuk 430,000 pendidik kita, menerusi SKMM RM340 juta diperuntukkan untuk tablet bantuan mengajar bagi mudahkan tugasan.

- Bagi bantu ibu bapa menampung kos perbelanjaan persekolahan anak-anak, Kerajaan akan meneruskan program berikut:

1. Pemberian Bantuan Persekolahan RM100 kepada setiap pelajar daripada keluarga berpendapatan sehingga RM3,000, memanfaatkan 3.5 juta murid.

2. RM1.1 bilion bagi Bantuan Makanan Asrama untuk 365,000 murid.

3. RM300 juta bagi  Rancangan Makanan Tambahan 1Malaysia kepada murid sekolah rendah.

4. RM1.1 bilion merangkumi Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan, Bantuan Buku Teks dan Bantuan Geran Per kapita.

5. Geran sepadan disediakan kepada pelajar Tahun 1 di sekolah bantuan penuh Kerajaan bagi simpanan terkumpul sehingga RM50 dalam akaun SSPN-i.

6. Menyediakan Elaun bulanan Murid Berkeperluan Khas sabanyak RM150 kepada 67,000 murid; serta mengganti bas bagi 21 sekolah berpendidikan khas.

7. RM600 juta diperuntukkan kepada Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah. Daripada jumlah tersebut:

- RM250 juta untuk Sekolah Kebangsaan;
- RM50 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina;
- RM50 juta bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil;
- RM50 juta untuk Sekolah Mubaligh;
- RM50 juta untuk Sekolah Berasrama Penuh;
- RM50 juta kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan;
- RM50 juta kepada Sekolah Pondok Berdaftar dan 
- RM50 juta kepada Maktab Rendah Sains Mara.

- Bagi tingkatkan kualiti institusi pengajian tinggi ke taraf global, RM7.4 bilion disediakan kepada 20 universiti awam.

- Daripada jumlah ini, RM1.4 bilion kepada 4 hospital universiti, manakala RM300 juta untuk pemerkasaan 5 universiti penyelidikan.

- Tambahan lagi RM100 juta untuk IPT bagi membudayakan penyelidikan serta meningkatkan bilangan penerbitan dan harta intelek.

- Baucar buku diganti dengan kad debit pelajar sebanyak RM250 untuk membeli buku, alatulis, alatan komputer & akses internet. Manfaat kepada 1.3 juta pelajar.

- Pemberian biasiswa akan diteruskan dengan peruntukan berjumlah RM4.3 bilion pada tahun 2017 termasuk:

- RM1.6 bilion menerusi Jabatan Perkhidmatan Awam;
- RM2 bilion menerusi Mara;
- RM250 juta menerusi Kementerian Pengajian Tinggi;
- RM208 juta menerusi Kementerian Kesihatan;
- RM194 juta menerusi Kementerian Pendidikan;
- RM28 juta menerusi Kementerian Sumber Manusia dan
- RM21 juta menerusi Kementerian Belia dan Sukan.

- Bagi usaha menggalakkan peminjam PTPTN membuat bayaran balik, insentif berikut akan diberikan:

- Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

- Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau "direct debit" mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan.

- Insentif ini berkuatkuasa pada 22 Oktober 2016 sehingga Disember 2017.

- Kerajaan terus menumpukan usaha melindungi kumpulan mudah terjejas. Antara inisiatif yang disediakan:

1. Bantuan keluarga miskin liputi Bantuan Am sehingga RM300/bulan & Bantuan Kanak-Kanak sehingga RM450/bulan diteruskan, manfaat 69,000 keluarga.

2. RM424 juta termasuk bantuan sosio-ekonomi warga emas RM300 sebagai saraan hidup & program wang saku. Lapan Pusat Aktiviti Warga Emas baru akan dibina.

3. RM535 juta memanfaatkan hampir 150,000 OKU merangkumi elaun pekerja, bantuan latihan kanak-kanak OKU serta bantuan OKU tidak berupaya bekerja.

4. Pelepasan GST kepada OKU berdaftar untuk membeli peralatan bantuan tanpa melalui Entiti Kebajikan Swasta. Skop barang layak pelepasan diperluas.

- Elaun ketua kampung, pengerusi JKKK & Persekutuan, termasuk Ketua Kampung-Kampung Baru dan tok-tok batin, dinaikkan daripada RM800 kepada RM900.

- Kerajaan juga komited untuk menambah baik pengangkutan awam di luar bandar.

- RM20 juta disalurkan kepada Yayasan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia untuk memberi pinjaman kepada penjaja komuniti Cina.

- Bagi masyarakat India, RM50 juta  bagi program peningkatan kapasiti & pendapatan, RM150 juta untuk program pembiayaan perniagaan TEKUN & Amanah Ikhtiar Malaysia.

- Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Kerajaan akan memperluaskan program pra-sekolah kepada 50 sekolah dengan peruntukan RM10 juta.

- RM100 juta  kepada SME Bank bagi meningkatkan peluang usahawan Bumiputera.


- RM100 juta kepada Amanah Ikhtiar Malaysia bagi pelbagai program keusahawanan mereka.

- RM300 juta kepada TEKUN, bagi bantu usahawan kecil majukan perniagaan, termasuk skim baru TEMANITA, khusus untuk usahawan mikro wanita.

- RM200 juta kepada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, bagi melaksanakan Program Pembiayaan Keusahawanan & Perintis Perniagaan.

- RM120 juta kepada Mara bagi pelbagai program keusahawanan antaranya perusahaan industri halal, pembangunan usahawan belia, dan lain-lain.

- Dana mudah-cara berjumlah RM500 juta menerusi TERAJU untuk bantu syarikat-syarikat bumiputera kembangkan perniagaan atau mulakan perniagaan baru.

- RM100 juta untuk TERAJU bagi Tabung Eksport syarikat-syarikat bumiputera menembusi pasaran antarabangsa.

- RM100 juta menerusi Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, bagi program Peneraju Skil & Iltizam, Peneraju Profesional serta Peneraju Tunas.

- Bagi tingkatkan keberkesanan operasi ESSZONE, RM323 juta diperuntukkan untuk penugasan anggota di sempadan kawasan Timur Sabah.

- Mewujudkan "Sea Basing" di perairan Pantai Timur Sabah, & Pangkalan Operasi Hadapan Helikopter. Tempatkan kenderaan Perisai AV8 GEMPITA 8x8.

- Kenderaan perisai 4x4 di Lahad Datu, penempatan skuadron pesawat pejuang Hawk & helikopter Eurocopter EC-725 di Pangkalan Udara Labuan.

- RM12.8b untuk KDN termasuk RM8.7 bilion untuk Polis Diraja Malaysia.  Antaranya bina 12,000 pejabat polis daerah, pusat latihan Komando 69.

- Bagi hal ehwal wanita, RM2 bilion untuk program-program seperti I-KIT, I-KeuNita dan program "Women Career Comeback".

- Pelepasan cukai baru sehingga RM1,000 bagi pembelian peralatan penyusuan ibu. Pelepasan setiap dua tahun sekali mulai tahun taksiran 2017.

- Pelepasan cukai sehingga RM1,000 diberi kepada pembayar cukai individu hantar anak berusia enam tahun ke bawah ke taman asuhan & pra-sekolah berdaftar, mulai 2017.

- Elaun Imam di bawah JAKIM dinaikkan daripada RM750 kepada RM850 sebulan, memanfaatkan 15,000 Imam di seluruh negara. 

- Elaun guru KAFA juga akan dinaikkan daripada RM800 kepada RM900 sebulan, sekaligus memanfaatkan hampir 33,000 guru.

- Buat pertama kalinya, Kerajaan memperuntukkan RM30 juta bagi selaraskan pendidikan tahfiz melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara.

- Elaun para pembantu KEMAS akan dinaikkan daripada RM400 kepada RM500, melibatkan hampir 11,000 orang.

- Kerajaan ambil langkah positif pinda Akta Kebankrapan 1967 mulai awal tahun depan, berkait mereka yg telah diisytiharkan bankrap terutamanya mereka yang diisytiharkan bankrap kerana menjadi penjamin.

- Bayaran khas RM500 kepada semua penjawat awam, RM250 kepada para pesara Kerajaan. Bayaran ini akan diberi pada awal Januari 2017.




Tags / Kata Kunci: Bajet 2017 , intipati bajet

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan