Gred 56 Buat Pegawai Perubatan, Pergigian Pakar - Berita Semasa | mStar

Gred 56 Buat Pegawai Perubatan, Pergigian Pakar

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2016 7:17 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan mewujudkan gred baharu iaitu Gred 56 bagi pegawai perubatan pakar dan pegawai pergigian pakar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat, petang Jumaat.

"Gred 56 ini berada di antara Gred 54 dan Jusa C bagi pegawai perubatan pakar dan pegawai pergigian.

“Kerajaan memandang serius dan memahami masalah kesukaran doktor dan pegawai pergigian untuk naik pangkat, dengan itu satu gred baharu akan diwujudkan iaitu Gred 56,” katanya semasa membentangkan Bajet 2017 di Parlimen.

Kerajaan juga katanya telah mengambil keputusan melantik secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan, pergigian, farmasi selewat-lewatnya Disember 2016.

Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan sejumlah 2,600 doktor yang masih belum mendapat penempatan housemanship boleh menjalani latihan di mana-mana hospital secara kontrak.





Tags / Kata Kunci: Gred 56 , Bajet 2017

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan