Bajet 2017: Media Alu-Alukan Pengecualian Cukai Untuk Langganan Akhbar

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2016 9:20 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Star, Datuk Seri Wong Chun Wai mengalu-alukan pengumuman kerajaan untuk menyenaraikan akhbar cetak sebagai barangan lepasan cukai.

Menurut beliau, sebelum ini, pelepasan cukai hanya diberikan kepada pembelian majalah dan buku tetapi kini produk akhbar juga bakal menikmati faedah yang sama.

"Pengumuman ini akan membantu golongan isi rumah serta ramai pembayar cukai untuk melanggan akhbar.

"Malah penyenaraian telefon pintar untuk mendapat pelepasan cukai juga dialu-alukan kerana kita mahu rakyat Malaysia mendapat laporan berita menerusi platform berbeza," katanya.

Chun Wai berkata, kebanyakan syarikat media memiliki produk digital seperti portal berita dan akhbar elektronik, sebagai platform lain menggantikan akhbar cetak.

Beliau juga meminta rakyat Malaysia lebih banyak membaca sebagai memanfaatkan sepenuhnya usaha kerajaan itu.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2017 menyebut tentang pengecualian cukai sebanyak RM2,500 bagi pembelian akhbar, telefon pintar, komputer tablet, langganan Internet dan yuran keahlian gimnasium.

Dalam pengumuman tersebut, Najib berkata, sebanyak 21 kategori produk yang tersenarai dalam pengecualian cukai tersebut.

Jelas beliau, pembelian bahan bacaan, komputer dan peralatan sukan akan digabungkan di bawah pengecualian gaya hidup sebagai usaha memudahkan rakyat mengemukakan tuntutan.

"Pengecualian tersebut diperluaskan kepada pembelian akhbar, telefon pintar, komputer tablet, langganan Internet dan yuran keahlian gimnasium.

"Pengecualian akan diberikan sehingga RM2,500 setahun dan akan bermula pada 2017," katanya.

Tags / Kata Kunci: Wong Chun Wai , Bajet 2017

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan