Bersih 5.0 Sudah Terpesong - PAS

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2016 1:01 PM

Datuk Takiyuddin Hassan

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: PAS memutuskan tidak menyertai Bersih 5.0 kerana menganggap ia sudah terpesong daripada tujuan asal, malah dipercayai mempunyai agenda lain.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu juga tidak boleh menerima tindakan peserta Bersih 4.0 yang memijak gambar pemimpin tertinggi negara.

"Selain dilihat sudah 'lari' daripada fokus asal, kami juga tidak menafikan tindakan peserta pada Bersih 4.0 dahulu yang memijak gambar pemimpin tertinggi sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima," katanya kepada pemberita selepas Ceramah 26 Tahun Pentadbiran PAS Kelantan - Membangun Bersama Islam di sini, malam Khamis.

Turut hadir Mursyidul Am PAS Hashim Jasin, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Takiyuddin berkata PAS memang dijemput dalam mesyuarat berkaitan Bersih 5.0 dan wakil parti itu sudah menjelaskan bahawa PAS tidak akan menyertai perhimpunan itu kali ini.

Sementara itu, Takiyuddin berkata PAS tidak membuat sebarang perjumpaan rasmi ataupun dihubungi secara rasmi oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk bekerjasama.
Tags / Kata Kunci: Bersih 5 , Datuk Takiyuddin Hassan

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan