Bajet 2017: Kelajuan Jalur Lebar Dipertingkatkan

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2016 7:43 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Golongan muda bakal mendapat manfaat yang besar daripada pembentangan Bajet 2017 apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan langkah untuk memperkasakan saluran maklumat online (atas talian).

Menurut Najib, bermula 2017, penyedia perkhidmatan talian tetap jalur lebar bersetuju untuk menawarkan perkhidmatan dengan kelajuan yang lebih tinggi pada harga yang sama.

Sebagai contoh jelas beliau, pelanggan pakej lima megabit (MB) sesaat pada harga RM149 ringgi akan menikmati pakej kelajuan dua kali ganda iaitu 10MB sesaat.

Selain itu katanya, dalam tempoh dua tahun lagi, kelajuan akan ditingkatkan dua kali ganda dengan penurunan harga sehingga 50 peratus bagi pakej yang sama.

"Malah kerajaan akan melancarkan inisiatif supaya perkhidmatan jalur lebar di universiti awam ditingkatkan kepada maksimum 100 gigabit (GB) sesaat.

"Dalam pada itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan menyediakan RM1 bilion supaya liputan dan kualiti jalur lebar di seluruh negara mencapai kelajuan 20MB sesaat," katanya.

Beliau berkata sedemikian semasa pembentangan Bajet 2017 yang bertemakan "Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Seluruh Rakyat' di Parlimen pada Jumaat.


Tags / Kata Kunci: Bajet 2017 , Jalur Lebar

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan