Tesco Komited Tangani Pembaziran Makanan

Diterbitkan: Khamis, 20 Oktober 2016 6:30 PM

Pengerusi Kechara Soup Kitchen, Henry Ooi (kiri) menerima sumbangan daripada pihak Tesco Extra yang diwakili Pengarah Korporat Perkhidmatan Tesco, Azliza Baizura Azmel (dua, kiri) sambil disaksikan oleh sukarelawan Datin Paduka Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah (tengah), pada pelancaran Program 'Community Food Surplus Donation' di Tesco Extra, Khamis. Turut hadir Pengasas Food Aid Foundation, Rick Chee (dua, kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Tesco, Paul Ritchie (kanan).

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas berjaya mengagihkan 6,000 tan makanan tidak terjual sepanjang enam bulan, Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco Malaysia) kini secara rasmi melancarkan program Community Food Surplus Donation.

Sepanjang tempoh percubaan sejak Mac lalu itu, makanan di bahagian bakeri pasar raya itu disalurkan kepada 102 badan amal di sekitar Lembah Klang.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia, Paul Ritchie berkata, selain roti, pihaknya merancang untuk mempelbagaikan jenis makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Katanya, objektif program ini untuk mengurangkan sisa makanan dan memberikan makanan yang tidak terjual kepada yang pihak memerlukannya.

"Sepanjang tempoh percubaan, hanya enam pasar raya Tesco terlibat dan mulai sekarang 24 lagi di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor akan bersama dalam program ini.

"Menjelang akhir 2017, kami menyasarkan 56 pasar raya di seluruh negara terlibat,” katanya pada majlis pelancaran program itu, Khamis.

Majlis pelancaran itu dihadiri puteri Sultan Selangor, Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang aktif dalam aktiviti sukarelawan dalam membantu golongan miskin dan gelendangan, serta memulakan inisiatif kempen #zerofoodwastage.

Program tanggungjawab sosial korporat ini hasil usaha sama Tesco Malaysia dengan Kechara Soup Kitchen dan Yayasan Bantuan Makanan.

Paul berkata, menurut laporan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Malaysia, sebanyak 15,000 tan makanan setiap hari termasuk 3,000 tan yang masih boleh dimakan dan tidak perlu dibuang. 

"Menerusi usaha ini, kami selangkah hampir mencari jalan penyelesaian bagi masalah ini," katanya.

Sementara itu, Pengarah Perkhidmatan Korporat Tesco Malaysia, Azliza Baizura Azmel berkata, setiap hari, makanan akan dipastikan selamat sebelum diagihkan.



Tags / Kata Kunci: Tesco Malaysia , Paul Ritchie

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan