Subsidi Minyak Masak Diteruskan - Berita Semasa | mStar

Subsidi Minyak Masak Diteruskan

Diterbitkan: Khamis, 20 Oktober 2016 10:24 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani berkata rakyat akan terus menerima subsidi minyak masak daripada kerajaan.

"Kita tidak usik rakyat, mereka tetap akan dapat subsidi," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina yang memetik Persatuan Pekilang-pekilang Minyak Makan Malaya (Meoma) mendakwa harga beberapa kategori minyak masak akan dinaikkan mulai bulan depan, susulan pemansuhan subsidi oleh kerajaan.

Johari bagaimanapun berkata langkah bagi mengatasi ketirisan subsidi minyak masak perlu diberi perhatian serta memuji ketegasan langkah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam menangani isu berkenaan.

"Apa yang berlaku subsidi minyak masak kerajaan beri diguna pakai untuk jualan eksport, itu yang kita nak kawal," katanya.

Pada Rabu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata lesen perniagaan pemborong dan pembekal minyak masak akan ditarik balik jika mereka didapati menyorok bekalan bahan tersebut bagi mengaut keuntungan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Johari Abdul Ghani , subsidi , minyak masak
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan