SPRM-Kedutaan Didik Warga Indonesia Bertindak Jika Berdepan Rasuah

Diterbitkan: Khamis, 20 Oktober 2016 4:39 PM

Shamshun Baharin (dua dari kanan) dan Herman pada majlis penyerahan kit pendidikan anti rasuah di pejabat Kedutaan Indonesia, Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga juta warga Indonesia di negara ini bakal didedahkan dengan mesej kesedaran dan tindakan yang perlu dilakukan apabila berdepan gejala rasuah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata, melalui kerjasama agensi itu dengan Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di sini, warga negara jiran itu akan dididik mengenai gejala rasuah melalui kit pendidikan anti rasuah yang diperkenalkan SPRM.

Katanya, kit itu termasuk cakera digital video (DVD), risalah dan poster pencegahan rasuah  dan ia akan dipamer dan ditayangkan di semua ruang menunggu kaunter imigresen KBRI di sini.

"Ini kali pertama SPRM menjalankan kerjasama dalam bentuk program tersusun dengan mana-mana kedutaan asing di negara ini.

"Sebelum ini SPRM cuma memberi taklimat atau mengadakan perbincangan dengan wakil-wakil kedutaan asing," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kit pendidikan tersebut kepada Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno, di sini, Khamis.

Shamshun Baharin berkata, dalam menangani gejala rasuah, SPRM sentiasa mencari peluang dan platform baharu untuk menyebarkan maklumat dan mendidik masyarakat mengenai bahaya rasuah.

"Usaha terbaharu kami bersama KBRI di sini dapat menyedarkan tenaga pekerja dan pelancong Indonesia tentang tugas SPRM sekali gus mendidik mereka untuk melaporkan jika ada aktiviti rasuah," katanya.

Jelasnya, KBRI menganggarkan mesej tayangan klip video itu akan ditonton lebih 700 pengguna kaunter perkhidmatannya setiap hari dan jumlah itu akan meningkat kepada 1,000  pada waktu puncak.

Menurut Shamshun Baharin, kerjasama seperti ini akan dikembangkan ke kedutaan negara lain terutama negara yang rakyatnya ramai di sini.

Sementara itu, Herman Prayitno berkata, kerjasama ini adalah sesuatu yang luar biasa dan penting dalam hubungan bilateral antara dua negara.

"Usaha kerjasama ini dialu-alukan kerana selain dapat menolong pihak berkuasa di Malaysia ia juga dapat membantu rakyat Indonesia di negara ini," katanya.

Setakat ini terdapat kira-kira 1.5 juta warga Indonesia di Malaysia yang berdaftar secara sah dan 1.5 juta lagi memasuki negara ini secara tidak sah.











iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan