Insiden Gunting Tertusuk Kening Pelajar Disiasat - Kamalanathan

Diterbitkan: Khamis, 20 Oktober 2016 7:24 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan akan melakukan siasatan menyeluruh mengenai insiden kening mata kanan seorang pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Khir Johari di Sabak Bernam, Selangor ditusuk sebilah gunting.

Timbalan Menterinya, Datuk P. Kamalanathan berkata, masih terlalu awal untuk membuat sebarang kenyataan mengenai insiden yang berlaku di Sabak Bernam, Selangor itu kerana pihak kementerian baru menerima laporan mengenainya.

Beliau mengulas mengenai kejadian yang berlaku kepada Asraf Saiefuddin Nuri Shamsuddin, 12, yang menahan kesakitan lebih satu jam selepas sebilang gunting tertusuk di kening mata kanannya.

Menurut laporan media, kejadian berlaku pada waktu tengah hari Rabu, semasa pelajar itu sedang melakukan aktiviti di makmal sekolah berkenaan bersama rakan sekelas yang lain.

Mangsa dilaporkan sedang memegang gunting ketika itu bangun dari tempat duduknya dan terlanggar kaki meja sebelum dirinya terjatuh sehingga menyebabkan gunting berkenaan tertusuk keningnya.

Sehubungan itu, beliau berkata guru dinasihati agar tidak menviralkan (menyebarkan) gambar-gambar atau maklumat yang sensitif di laman sosial pada masa depan. - Bernama

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan