Penahanan Saya "Double Standard" - Jamal

Diterbitkan: Khamis, 20 Oktober 2016 7:20 PM

Reaksi Jamal sejurus dibebaskan pada petang Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Jamal Yunos menyifatkan penahanannya sebagai "double standard" dan menggesa pihak berkuasa menjalankan tugas mereka dengan adil.

Bercakap kepada pemberita di luar perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Dang Wangi, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu berkata walaupun beliau memahami tanggungjawab polis dalam menjamin ketenteraman awam, beliau tidak boleh menerima penahanannya.

"Ia double standard dan satu penghinaan terhadap saya. Bayangkan perasaan isteri terutamanya anak-anak saya melihat bapa mereka ditahan dan digari sebaik tiba di balai ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Saya tidak layak menerima layanan sebegitu. Oleh itu, saya mengisytiharkan perang terhadap Bersih dan akan menggerakkan kumpulan Baju Merah ke seluruh negara untuk melawan Bersih," katanya pada Rabu.

Jamal yang dibebaskan dengan jaminan polis pada pukul 5 petang Khamis selepas direman selama dua hari berkata, polis juga patut menahan penyokong Bersih.

"Ia tidak adil bagaimana penyokong Bersih dilayan secara baik dan tiada daripada mereka ditahan sebaliknya mengadakan empat demonstrasi kerana cuba menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Kini mereka akan mengadakan demontrasi kelima.

"Semasa penahanan saya, beberapa penyokong mereka mengeluarkan kenyataan tidak berasas, sehingga ada yang mendakwa saya disyaki positif ganja. Di mana keadilan untuk perkara itu?," soalnya.

Pada masa sama, Jamal turut menafikan kumpulan Baju Merah mewakili Umno.

"Walaupun kami sebahagian daripada Umno, kumpulan Baju Merah tidak mewakili parti ketika berkumpul dan membantah demonstrasi Bersih," katanya.

Pada Rabu, Jamal ditahan berkaitan dakwaan insiden keganasan yang dikaitkan dengan kumpulan Baju Merah.



Tags / Kata Kunci: Jamal Yunos , Kumpulan Baju Merah

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan