Henti Viral Minyak Masak Di Pasaran Kurang - KPDNKK

Diterbitkan: Khamis, 20 Oktober 2016 2:34 PM

Pasangan Abdul Rashid Omar,28, dan Duwariyah Abu Talib, 25, meninjau harga minyak masak yang dijual sebelum membelinya di sebuah pasar raya di Pekan, baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Orang ramai diminta berhenti daripada terus menyebarkan viral menyatakan bekalan minyak masak di pasaran ketika ini semakin berkurangan kerana ia boleh menyebabkan keadaan panik.

Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Mohd Roslan Mahayudin berkata jika berlaku keadaan panik, ia boleh menjadi punca kepada pembelian panik yang akhirnya menjejaskan kestabilan stok.

"Saya harap penyebaran viral dihentikan kerana akibatnya pengguna membeli dengan banyak sehingga boleh menjejaskan kestabilan stok.

"Saya juga menasihatkan pengguna jangan panik kerana bekalan mencukupi," katanya kepada pemberitaselepas merasmikan program Advokasi Post-GST AntiPencatutan 2011 dan Kesedaran Kepenggunaan peringkat negeri Perak di sini, Khamis.

Selain itu, Mohd Roslan memberi amaran tiada pengilang, pembekal dan  peruncit yang terlepas daripada tindakan jika didapati menyorok barangan keperluan demi mengaut keuntungan.

Mohd Roslan berkata antara tindakan yang boleh diambil termasuk merampas barangan, menarik balik lesen dan dihadapkan ke mahkamah mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. 

"Apabila barangan keperluan sukar diperoleh ia menjadikan harga barang naik dan ini jelas menyusahkan rakyat," kata Mohd Roslan.

Terdahulu, Mohd Roslan dalam ucapannya berkata barangan bernilai RM1.75 juta dirampas sepanjang tahun lalu hasil pemeriksaan ke atas 2.13 juta premis yang dipercayai melanggar Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Katanya sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 4,184 notis dikeluarkan mengikut Seksyen 21 akta berkenaan dan 357 kes telah diambil tindakan.

"Sejumlah 38 kes didenda dengan nilai RM769,500,manakala 21 kes dikenakan kompaun sebanyak RM204,000.

Katanya di Perak, sebanyak 20,507 premis diperiksa sejak Januari lalu hingga semalam (19 Okt) dan 182 notis dikeluarkan serta 23 kertas siasatan dibuka untuk tindakan.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: minyak masak , KPDNKK

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan