Balu Lega Suspek Bunuh Suaminya Ditahan Polis

Diterbitkan: Khamis, 20 Oktober 2016 10:08 AM

Noriah Lah menunjukkan gambar suaminya Allahyarham Mohd Shukri Husin, ketika ditemuramah pemberita di rumahnya di Kampung Kok Keli pada Rabu. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

TUMPAT: Balu mangsa yang maut ditikam di tempat letak kereta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Terengganu, Kuala Terengganu, berharap suspek akan mendapat balasan setimpal atas perbuatan kejamnya.  

Noriah Lah, 34, yang sarat mengandung anak sulung dan dijangka bersalin bulan depan, berkata kematian suaminya Mohd Shukri Husin, 34, yang juga anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan begitu dirasai tetapi beliau perlu menguatkan semangat untuk meneruskan kehidupan.  

Lega dengan penangkapan suspek utama kes itu pada Rabu, Noriah berkata, sejak insiden Ahad lepas, beliau tidak lena tidur kerana bimbangkan suspek yang masih belum ditangkap.

"Alhamdulillah, kak (Noriah) rasa lega (dengan penangkapan suspek), harap dia (suspek) dapat balasan yang setimpal untuk arwah ni. Cuma kena kuatkan semangat, kita yang hidup kena teruskan hidup," katanya kepada pemberita di rumahnya di Kampung Kok Keli di sini, Rabu.

Suspek berusia 29 tahun berasal dari Manir, Kuala Terengganu itu berjaya diberkas polis tengah hari tadi ketika sedang berjalan di Jalan Jeram, Manir.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi Ahad lalu, suspek dipercayai telah bertindak agresif dengan menikam Mohd Shukri sebanyak enam kali sehingga maut.

Insiden tersebut dikatakan bermula apabila mangsa hadir ke pejabat di situ bersama keluarganya bagi menyemak status perkahwinan suspek yang bakal berkahwin dengan adik mangsa.

Setelah tembelang suspek yang sudah berkahwin diketahui, dipercayai berlaku pertengkaran antara suspek dan mangsa hingga membawa kepada pembunuhan tersebut. - Bernama

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan