Viral Gambar Tikus; Pasar Raya Lupus 63.8kg Cili Kering

Diterbitkan: Rabu, 19 Oktober 2016 10:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA NERUS: Sebuah pasaraya di daerah ini melupuskan 63.8 kilogram cili kering untuk mengembalikan semula keyakinan pengguna, susulan penyebaran gambar tikus dalam longgokan cili kering di pasar raya itu dalam laman sosial pada Isnin lalu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu, Azlan Abd Samat berkata lima petugas KPDNKK telah pergi ke pasaraya itu untuk memastikan kesahihan viral tersebut.

"Pihak pengurusan pasar raya itu memaklumkan telah melupuskan semua 63.8 kilogram stok cili kering yang masih berbaki.

"Pihak pengurusan juga memaklumkan mereka telah menukar kaedah penjualan  cili kering dengan membungkusnya dalam bungkusan kecil dan tidak lagi secara terbuka di dalam kotak yang besar seperti sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2016 yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Nawi Mohamad di sini, Rabu. 

Azlan berkata pihaknya tidak boleh mengambil tindakan seperti mengenakan  kompaun atau denda kerana ia di bawah penguatkuasaan Jabatan Kesihatan.

"Oleh itu, KPDNKK akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan selepas ini untuk melakukan pemeriksaan lebih kerap melibatkan kebersihan bahagian makanan di pasar raya," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: tikus , cili kering

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan