Kerosakan Injap Punca Susu Marigold HL Tercemar - KP Kesihatan

Diterbitkan: Rabu, 19 Oktober 2016 8:41 PM

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Foto BERNAMA

Dr Noor Hisham Abdullah.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Injap rosak semasa pemprosesan adalah punca produk Susu Marigold HL 200ml dan satu liter menjadi lebih pekat daripada biasa akibat pencemaran bakteria.

Berikutan itu, pengeluarnya, Malaysia Milk Sdn Bhd, telah menarik balik produk berkenaan daripada pasaran.

Ketua Pengarah Kesihatan ,Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hasil siasatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan syarikat terbabit telah mengambil tindakan pembetulan terhadap kerosakan injap tersebut.

"Di samping itu, KKM sedang memantau proses penarikan balik dan pelupusan produk terlibat untuk memastikan semua produk yang dihasilkan dari tarikh pengilangan produk yang terlibat dalam aduan sehingga masa kerosakan injap dikesan ditarik balik," katanya dalam kenyataan, di sini Rabu.

Dr Noor Hisham berkata, walaupun maklum balas pelanggan merujuk secara khusus kepada susu Marigold HL berperisa coklat, namun syarikat tersebut mengambil langkah proaktif menarik balik produk susu lain, termasuk Marigold HL rendah lemak, berperisa strawberi dan Sterol Tumbuhan.

Katanya, hanya produk susu Marigold HL dengan tarikh luput sebelum 7 November bagi Semenanjung Malaysia dan tarikh luput sebelum 11 November bagi Sabah, Sarawak dan Labuan ditarik balik dengan serta merta. 

"Orang ramai dinasihatkan supaya jangan meminum produk terbabit dan memulangkan kembali produk yang dimaksudkan kepada penjual," katanya.

Katanya, sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, mereka boleh menghubungi pejabat kesihatan daerah atau jabatan kesihatan negeri terdekat, atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook BKKM www.facebook.com/bkkmhq. - Bernama

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan