Saya Nak Hot Dog Sekarang - Nazri

Diterbitkan: Rabu, 19 Oktober 2016 7:43 PM

nazri
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kekecohan yang timbul akibat penggunaan perkataan "hot dog" adalah tidak masuk akal, kata Datuk Seri Nazri Aziz.

Bercakap kepada pemberita di luar lobi Parlimen pada Rabu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata, isu berkenaan dibangkitkan oleh individu-individu yang jahil.

"Hot dog sentiasa dikenali sebagai makanan barat dan ia datang dari bahasa Inggeris.

"Jangan buat kita kelihatan bodoh dan kuno.

"Hot dog adalah hot dog. Malah dalam Bahasa Malaysia pun, ia dipanggil hot dog. Ia dah lama wujud banyak tahun," katanya.

"Ini tidak masuk akal. Ia dilakukan oleh mereka yang jahil. Mereka tidak berada dalam dunia sebenar.

"Keislaman saya tidak terjejas dengan memakan hot dog. Saya fikir saya mahu makan hot dog sekarang. Tidak ada keperluan untuk perkara ini. Ia merupakan isu yang bodoh," katanya secara berseloroh.

Dilaporkan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyarankan kedai francais bagi pretzel, Auntie Anne's menukar nama makanan mereka daripada 'Pretzel dog’ kepada ‘Pretzel sausage (sosej)’, yang merupakan antara perkara yang perlu dipatuhi untuk mendapatkan sijil halal.


iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan