Bajet 2017: Kadar GST Kekal

Diterbitkan: Rabu, 19 Oktober 2016 4:00 PM

Johari Abdul Ghani

Datuk Johari Abdul Ghani

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak akan dinaikkan tahun depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani.

Johari berkata kadar GST di negara ini masih berada di tahap paling rendah di seluruh rantau Asia.

"Tidak. Perkara itu tidak berlaku.

"Walaupun kita kenakan enam peratus GST tapi banyak (barang) diberi pengecualian atau GST sifar. Kalau digabungkan barang yang kena GST dan tak kena GST, 'kesan bersih' kita punya GST sebenarnya kira-kira 3.6 peratus sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perniagaan Dunia Islam 2016 ke-7 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Rabu.

Johari berkata demikian sebagai mengulas desas-desus yang menyatakan bahawa kadar GST akan naik dua peratus dari enam peratus, menjelang pembentangan Bajet 2017.

Tambahnya, senarai barangan yang dikenakan GST juga tidak akan berubah walaupun beberapa pihak telah membuat permintaan mendapatkan pengecualian cukai bagi barangan tertentu.

"Ada NGO minta beberapa barang diberi pengecualian atau dimasukkan di bawah GST sifar tapi bila kementerian kaji, banyak barang-barang ini diguna pakai oleh industri, jadi tak bolehlah sebab kalau kita bagi pengecualian kita mahu terus kepada pengguna," katanya.

Mengenai kemungkinan terdapat subsidi kerajaan yang dikurangkan atau ditarik balik, Johari berkata perkara itu hanya akan diketahui pada Jumaat ini.

GST mula dilaksanakan di negara ini pada 1 April 2015.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan