Tukar Nama 'Pretzel Dog' Kepada 'Pretzel Sausage' - Jakim

Diterbitkan: Selasa, 18 Oktober 2016 6:20 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyarankan Auntie Anne's menukar nama makanan mereka daripada 'Pretzel dog’ kepada ‘Pretzel sausage’ untuk memudahkan pensijilan halal.

"Ia lebih sesuai dengan menggunakan nama Pretzel Sausage'," jelas Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim Dr Sirajuddin Suhaimee.

"Proses penambahbaikan sedang dijalankan dari semasa ke semasa.

"Nama baik Malaysia sebagai tokoh perintis 'halal global' perlu dipertingkatkan. 

"Untuk mengelakkan isu ini di peringkat global, panel telah memutuskan untuk tidak menggunakan nama seperti itu," katanya melalui WhatsApp pada Selasa.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, Jakim menjelaskan bahawa badan itu tidak melabelkan Auntie Anne's sebagai tidak halal.

Jakim menjelaskan bahawa produk makanan Auntie Anne's sedang dalam proses untuk mendapatkan pensijilan halal Malaysia.

Ia berkata, perkara itu dilakukan selepas beberapa penambahbaikan kepada permohonan francais ini.

Minggu ini, Jakim menolak permohonan pensijilan halal Auntie Anne's dan ianya menjadi viral di media sosial dan blog, dengan ramai orang Islam mempersoalkan status halal barangan makanan.

Sebagai tindak balas, Bahagian Jaminan Kualiti (QA) dan Eksekutif Halal Auntie Anne's,  Farhatul Kamilah pada Isnin memuatnaik penjelaskan di laman Facebook
bahawa permohonan halal telah ditolak kerana isu-isu nama "hot dog"  dan pentadbiran.

Jakim mahu Aunty Anne's untuk menamakan semula produk makanan dan boleh digunakan semula untuk pensijilan halal bagi cawangannya berdasarkan zon bagi memudahkan proses pengauditan.

Sebelum ini, syarikat itu telah mendaftar pensijilan halal untuk semua 45 cawangan di bawah satu permohonan.

Farhatul telah memberi jaminan kepada pelanggan bahawa Aunty Anne's sedang dalam proses mendapatkan pensijilan.

Tags / Kata Kunci: Auntie Anne's , Jakim

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan