Dakwa Individu Kasari Wartawan - NUJ

Diterbitkan: Selasa, 18 Oktober 2016 1:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) menggesa pihak berkuasa mendakwa penyokong anti-Bersih kerana mengasari tiga wartawan yang membuat liputan mengenai siri konvoi Bersih 5.0 pada Sabtu lalu.

Setiausaha Agung NUJ, Schave Jerome De Rozario berkata, polis tidak seharusnya mengambil ringan terhadap pelaku.

Tiga suspek yang ditahan polis dan kemudiannya dikenal pasti mengasari wartawan The Star dibebaskan pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Ruslan Abdullah berkata, polis dalam siasatan dan sedang berusaha mengesan suspek yang masih bebas.

"Kita akan merujuk kes berkenaan kepada pejabat pendakwa raya sebaik sahaja menyelesaikan kertas siasatan," katanya pada Isnin.

De Rozario berkata, NUJ turut membuat laporan bagi menunjukkan betapa seriusnya kes mengasari wartawan.

"Wartawan ada tugas yang perlu dilakukan. Mereka tidak boleh dikasari atau diarahkan memadamkan apa yang mereka telah rakamkan," katanya.

Tambahnya, insiden seumpamanya kemungkinan berlaku pada perhimpunan Bersih 5.0 yang bakal diadakan.

Insiden tiga wartawan dikasari berlaku selepas mereka menyaksikan kira-kira 30 penyokong anti-Bersih menunggang motosikal menganggu kumpulan Bersih di luar sebuah pasar raya besar di Kuala Selangor.

Kira-kira lima individu dari kumpulan anti-Bersih, sebahagiannya memakai baju merah mula mengasari wartawan, dan cuba menghalang mereka merakam dan melaporkan insiden yang berlaku.

Kesemua wartawan terbabit kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor dan tiga suspek ditahan pada Ahad berhubung insiden.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan