Malaysia Kaji Langkah Asing Kemudahan Internet, Komputer Sektor Awam

Diterbitkan: Selasa, 18 Oktober 2016 2:18 PM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Malaysia akan mengkaji kesesuaian untuk memisahkan internet daripada komputer kerja dalam sektor perkhidmatan awamnya, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata buat masa ini tiada apa-apa dasar akan diambil berkaitan pemisahan internet itu.

"Jika ia berkaitan keselamatan, ancaman bukan sahaja perlu dilihat dari sudut internet tetapi media sosial juga," katanya kepada Bernama, di sini.

Beliau diminta mengulas perkembangan di Singapura yang mula memisahkan internet daripada komputer kerja penjawat awamnya bagi tujuan keselamatan.

"Kita akan lihat modus operandi Singapura terlebih dahulu," katanya.

Ali berkata jika sekalipun ia mahu dilaksanakan dalam sektor perkhidmatan awam di Malaysia, banyak aspek yang perlu dilihat terlebih dahulu.

"Keadaan tidaklah serius dari segi salah guna internet oleh penjawat awam di Malaysia," katanya ketika ditanya tentang penyalahgunaan internet oleh penjawat awam di Malaysia.

Pada 10 Oktober, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dilaporkan berkata kalangan menteri, pegawai kanan sektor awam dan separuh daripada agensi awam telah memisahkan kemudahan melayari Internet daripada komputer kerja mereka bagi meningkatkan aspek keselamatan sistem-sistem kritikal kerajaan.

Lee berkata baki agensi kerajaan sedang dalam proses melaksanakan inisiatif itu sehingga pertengahan tahun depan.

Akhbar The Straits Times melaporkan penjawat awam Singapura masih boleh mengakses laman web menerusi komputer kerajaan berasingan yang dikhususkan untuk tujuan itu, atau menggunakan peranti mudah alih peribadi masing-masing.

Bagi komputer kerja mereka, di mana mereka mengakses e-mel mereka, tidak dilengkapi kemudahan melayari Internet. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Ketua Setiausaha Negara

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan