Abu Sayyaf Ugut Kami Minta Wang Tebusan - Keluarga Mangsa Culik

Diterbitkan: Selasa, 18 Oktober 2016 8:28 PM

Gambar yang dihantar oleh Kumpulan Abu Sayyaf yang menunjukkan mangsa culik di perairan Dent Haven di Lahad Datu. Dua daripada mengsa tersebut mereka dikenal pasti sebagai Tayudin Anjut (dua dr kiri) dan Mohd Ridzuan Ismail (tengah). - Gambar fail.

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Keluarga lima lelaki yang diculik di perairan Dent Haven di Lahad Datu pada Julai lepas mendakwa kumpulan militan Abu Sayaff di selatan Filipina mengugut mereka dengan meminta wang tebusan.

Gustiah Sultan, 46, isteri Tayudin Anjut, 45, seorang daripada mangsa culik itu, berkata keluarga semua mangsa culik kerap menerima panggilan telefon daripada kumpulan itu meminta bayaran wang tebusan.

"Panggilan terakhir kami terima daripada mereka (Abu Sayaff) pada 4.19 petang Rabu lalu (12 Okt) meminta wang tebusan berjumlah RM2 juta dalam tempoh empat hari untuk kami bayar.

"Mereka mengancam memenggal kepala tebusan jika kami gagal membayar wang tebusan itu... tetapi kami merayu untuk berikan tempoh lebih lama," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Gustiah yang bercakap mewakili keluarga semua mangsa culik itu, berkata, mereka berasa amat terdesak dan berharap mendapat semua bantuan yang diperlukan supaya semua mangsa dapat pulang dengan selamat.

Dalam kejadian pada 18 Julai lalu, lima rakyat Malaysia yang diculik itu ialah kru sebuah kapal tunda. Empat yang lain ialah Abd Rahim Summas, 62, Fandy Bakran, 26, Mohamad Jumadil Rahim, 23, semua dari daerah ini, dan Mohd Ridzuan Ismail, 32, dari Felda Jengka 7, Pahang.

Gustiah berkata keluarga terbabit juga berasa amat bimbang apabila mendengar khabar bahawa Abd Rahim telah dipisahkan daripada empat tebusan yang lain.

"Ketika suami saya menelefon, dia telah memberitahu sepupu saya bahawa Rahim telah diasingkan daripada mereka, dan dia tidak mengetahui ke mana Rahim dibawa pergi," katanya.

Kapal tunda dinaiki mangsa culik berkenaan, Serudong 3 dirampas oleh kumpulan itu semasa melalui perairan Dent Haven ketika dalam pelayaran ke Semporna selepas menghantar pasir di Sandakan.

Kapal tunda itu ditemukan terkandas di kawasan beting pasir dalam keadaan enjin hidup manakala barangan di dalamnya berselerak.

Kumpulan Abu Sayaff, giat menjalankan penculikan bagi tebusan, membawa mangsa culik berkenaan ke tempat persembunyian mereka di pulau Mindanao di selatan Filipina. -Bernama

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan