Soalan Berkaitan Tindakan Sivil DoJ Tak Perlu Dijawab Kerana Subjudis - Pandikar Amin

Diterbitkan: Isnin, 17 Oktober 2016 3:12 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Soalan bagi jawapan lisan dan bertulis serta usul berkaitan tindakan sivil oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) tidak perlu dijawab oleh menteri berkaitan kerana bersifat subjudis, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Beliau membuat keputusan itu bagi mengelak persepsi bahawa menteri berkenaan dituduh tidak menjawab soalan yang dikemukakan sedangkan soalan tersebut masih dalam pertimbangan mahkamah.

"Setelah meneliti isi kandungan pertanyaan-pertanyaan tersebut, saya mendapati bahawa ia perkara yang masih dalam pertimbangan mahkamah ataupun subjudis, maka menteri yang berkenaan tidak perlu jawab kepada perkara-perkara tersebut," katanya selepas selesai sesi pertanyaan lisan pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Isnin. 

Katanya keputusan itu tidak dibuat secara terburu-buru dan telah mengambil kira aspek perundangan.

Pandikar Amin berkata beliau juga akan memaklumkan keputusan itu secara bertulis kepada anggota Dewan Rakyat yang mengemukakan soalan berkaitan tindakan sivil DoJ berkenaan.

Pada Julai lepas, DoJ memfailkan saman sivil bagi mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang didakwa diselewengkan.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Pandikar Amin Mulia , DoJ , Dewan Rakyat

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan