Malaysia Akan Guna Pakai Sistem Penghadang Keselamatan Beroda

Diterbitkan: Isnin, 17 Oktober 2016 9:56 PM

Fadillah Yusof.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia akan mengguna pakai sistem penghadang keselamatan beroda yang akan dipasang pada besi penghadang di jalan-jalan yang dikenal pasti berbahaya kepada pengguna, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata dikenali sebagai 'roller system', produk itu dikeluarkan syarikat ETI dari Korea Selatan kini dipasang di beberapa jalan sekitar Subang menerusi projek rintis selama dua tahun sebelum diputuskan untuk dipasang sepenuhnya di Jalan Persekutuan atau lebuh raya di negara ini.

"Kerajaan sentiasa melihat apakah teknologi terkini yang dapat jamin keselamatan pengguna jalan raya. Ini merupakan antara yang digariskan dalam Program Transformasi Pembinaan Industri (CITP).

"Menerusi projek rintis ini, alat seperti roda dipasang di setiap bucu besi bagi menghalang (penghadang) besi menembus masuk ke dalam kereta," katanya selepas merasmikan Pameran dan Kongres Persekutuan Jalan Antarabangsa (IRF) Wilayah Asia kali kedua di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Isnin.

Sistem itu mampu menyerap hentakan dan mendorong kereta dipandu lurus mengikut pusingan roda penghadang bagi mengelak berlakunya kemalangan maut.

Mengulas perkembangan Rangkaian Lebuhraya ASEAN (AHN), Fadillah berkata Malaysia sedang berunding dengan beberapa negara jiran bagi mengenal pasti jalan-jalan yang perlu dinaik taraf bertujuan menghubung laluan ke negara berkenaan.

"Sebagai rakan dalam ASEAN, kita sentiasa berinteraksi dengan negara terbabit. Untuk projek Pan Borneo, kita bincang dengan Kalimantan, Indonesia mengenai bagaimana untuk hubungkan kedua-dua negara.

Sekarang tengah berbincang dengan Brunei supaya mereka dapat tingkatkan kualiti jalan selain hubungan antara Malaysia, Indonesia dan Thailand," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya telah mengarahkan beberapa jurutera daerah bagi memantau keadaan jalan sama ada ianya selamat untuk digunakan berikutan fenomena air pasang besar.

"Mereka (jurutera daerah) akan pantau dan bantu apa sahaja yang perlu selain memberi amaran serta panduan kepada pengguna untuk guna laluan alternatif," katanya.

Beberapa negeri di Pantai Barat Semenanjung mula menerima kesan fenomena air pasang besar yang berlaku sejak awal pagi Sabtu yang mana dua pusat pemindahan banjir telah dibuka di Klang dan Sabak Bernam, Selangor sebagai langkah berjaga-jaga. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan