Shafie Kini Presiden Parti Warisan Sabah

Diterbitkan: Isnin, 17 Oktober 2016 10:55 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Permohonan  Datuk Seri Shafie Apdal untuk menukar nama parti sedia ada yang diterajuinya kepada Parti Warisan Sabah mendapat kelulusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Bekas Naib Presiden Umno itu berkata, sebelum itu parti berkenaan dikenali sebagai Parti Pembangunan Warisan Sabah yang ditubuhkan pada 2013.

Katanya, RoS secara prinsip juga meluluskan singkat parti itu sebagai Warisan, selain logo dan perlembagaan baharu seperti mana permohonan yang dikemukakan pada 22 September lalu.

"Setakat ini, Warisan mempunyai dua ahli parlimen, termasuk saya selaku presiden dan timbalan presiden yang juga Ahli Parlimen Penampang, Darrel Leiking.

"Kita juga mempunyai tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)  iaitu Adun Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong; Adun Likas yang juga bekas setiausaha DAP Sabah, Junz Wong dan Adun Moyog, Terrence Siambun yang juga naib presiden parti ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di ibu pejabat RoS di sini pagi Isnin.

Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata, penubuhan parti baharu itu sebagai persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Bagaimanapun katanya, pelancaran rasmi parti baharu itu serta barisan tertinggi yang akan menerajui parti itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Tags / Kata Kunci: Shafie Apdal , Parti Warisan Sabah , RoS

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan