Najib Jamin Rasionalisasi Tidak Akan Jejas Khidmat Sektor Awam

Diterbitkan: Isnin, 17 Oktober 2016 5:59 PM

Najib mencuba sendiri simulator kereta api kelajuan tinggi ketika mengadakan lawatan ke tapak pameran selepas melancarkan Simposium Tahunan Pengangkutan Awam Darat 2016 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Isnin. foto RAJA FAISAL HISHAN/The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan sistem penyampaian perkhidmatan awam tidak akan terjejas dalam situasi ekonomi semasa yang kian mencabar walaupun kerajaan perlu menstrukturkan semula dan mengurangkan perbelanjaannya.

Perdana menteri berkata, contohnya, projek pembangunan yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas akan dikekalkan demi kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat.

"Projek infrastruktur utama, seperti Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) ke Singapura, MRT dan LRT, semua diteruskan mengikut jadual.

"Kesemua itu adalah sebahagian masa depan kita, masa depan kesalinghubungan berteraskan rakyat, yang akan memudahkan orang ramai dan generasi akan datang," katanya semasa pelancaran Laporan Lima Tahun Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), simposium dan pameran di sini, Isnin.

Beliau berkata kesalinghubungan melalui kereta api bandar, yang dinikmati hari ini, menunjukkan komitmen dan kesungguhan kerajaan dalam mengubah industri pengangkutan awam darat.

Perdana menteri berkata, kerajaan serius dalam mendukung prinsip 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' -- keutamaan keperluan rakyat dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Najib berkata kajian dijalankan pada 2009 mendapati pengangkutan awam bandar merupakan antara aspek utama dalam perkhidmatan awam yang memerlukan tindakan perubahan.

"Ia kemudian dipilih sebagai satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara yang digariskan Program Transformasi Kerajaan di bawah Program Transformasi Negara.

"Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ditubuhkan di bawah bidang kuasa saya pada 2010 untuk menerajui transformasi itu," katanya.

Najib berkata SPAD mempunyai tanggungjawab besar yang diamanahkan kerajaan dan ditubuhkan dengan matlamat mengubah bidang itu ke arah sistem pengangkutan awam darat yang lebih berpaksikan rakyat.

Perdana menteri berkata, SPAD membentuk Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara (NLPTMP) pada 2013 yang menggariskan masa depan rangkaian pengangkutan awam Malaysia.

"Sasaran kerajaan di bawah NLPTMP adalah tinggi -- untuk mencapai 40 peratus bahagian mod untuk pengangkutaan awam di Semenanjung Malaysia menjelang 2030,' katanya.

Najib berkata hasil daripada asas kukuh menerusi penubuhan SPAD di samping NLPTMP menggariskan perancangan keperluan secara teliti, penambahbaikan pengangkutan awam darat dilaksanakan secara lebih meluas meliputi kawasan bandar dan luar bandar.

Beliau berkata kajian tahunan dilaksanakan SPAD menunjukkan kepuasan pelanggan terhadap pengangkutan awam darat di Malaysia melonjak kepada 74 peratus tahun lepas daripada 48 peratus pada 2010.

Majlis pada Isnin turut dihadiri Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan