Pengarah JANS, Timbalannya Digantung Tugas

Diterbitkan: Isnin, 17 Oktober 2016 6:51 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Pengarah dan timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan negeri Sabah, dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes salah guna kuasa dalam agihan projek bernilai RM3.3 bilion, telah digantung tugas.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman berkata notis penggantungan terhadap kedua-dua pegawai kanan itu dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

"Penggantungan pengarah dan timbalan pengarah berkuat kuasa pada tarikh tangkapan, masing-masing pada 5 dan 4 Oktober," katanya dalam kenyataan di sini Isnin.

Menurut notis penggantungan, katanya, kedua-dua suspek itu dilarang memasuki pejabat di mana mereka bertugas sebelum ini atau mana-mana pejabat jabatan itu di Sabah.

"Suspek juga dilarang meninggalkan negeri itu sepanjang tempoh siasatan,' katanya.

Pada Ahad, pengarah tersebut dibebaskan dengan jaminan RM500,000 tanpa deposit dengan dua penjamin manakala timbalannya dibebaskan pada Isnin dengan syarat jaminan yang sama. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: gantung tugas , kes rasuah

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan