Baju Merah Punca Ketegangan Kaum - Muhyiddin

Diterbitkan: Isnin, 17 Oktober 2016 11:36 AM

Muhyiddin Jassin

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden Parti Pribumi Bersatu (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelar sikap agresif dan perkauman yang ditunjukkan kumpulan Baju Merah sebagai punca meningkatnya tahap ketegangan kaum di Malaysia.

Muhyiddin berkata, dalam insiden pertembungan antara kumpulan Bersih dan Baju Merah yang berlaku sejak akhir-akhir ini, kumpulan terbabit menggunakan cara yang agresif dan berunsur perkauman untuk menarik perhatian umum.

"Tindakan ganas kumpulan tersebut (Baju Merah) yang mendakwa mempertahankan hak orang Melayu, sebenarnya tidak menunjukkan budaya, etika dan sikap orang Melayu," katanya.

Selain itu, Muhyiddin mengaitkan ketua Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos yang mengaku kepada media bahawa kebanyakan ahli kumpulan itu merupakan ahli Umno.

Beliau berkata, jika Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak benar-benar bimbang mengenai hubungan antara kaum di Malaysia, pemimpin nombor satu negara itu perlu mengarahkan Datuk Jamal Yunos dan kumpulan Baju Merah untuk menghentikan sebarang provokasi dan serangan ke atas kumpulan Bersih.

Pada 8 Oktober lalu, kumpulan Baju Merah melontar telur ke atas dua penunggang motosikal yang memakai baju Bersih.

Terbaharu, wartawan The Star turut diserang oleh kumpulan anti-Bersih yang dipercayai ahli Baju Merah di Kuala Selangor.

Tags / Kata Kunci: Muhyiddin Yassin , Baju Merah , Bersih 5

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan