MCA Kecam Tindakan Penyokong Baju Merah - Berita Semasa | mStar

MCA Kecam Tindakan Penyokong Baju Merah

Diterbitkan: Isnin, 17 Oktober 2016 11:10 AM

Liow Tiong Lai

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA mengecam tindakan penyokong kumpulan Baju Merah yang bertindak menyerang wartawan The Star dalam kejadian di Kuala Selangor pada Sabtu.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menggesa pihak polis supaya segera mengambil tindakan terhadap penyokong yang bertindak agresif dalam insiden tersebut.

Kumpulan lelaki itu dipercayai ahli Baju Merah yang turut mengadakan himpunan bagi membantah kehadiran kumpulan Bersih yang memakai baju kuning.

"Mereka yang terlibat perlu berhenti meminta maaf kerana rakyat Malaysia tidak bodoh.

"Video yang tersebar jelas menunjukkan mereka mengugut wartawan," katanya.

Tiong Lai turut memuji tahap kesabaran yang ditunjukkan oleh wartawan The Star walaupun menerima provokasi daripada kumpulan terbabit.

Selain itu, beliau memuji tindakan pantas polis menahan pelaku dalam kejadian tersebut.

Sementara itu, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong turut menyuarakan rasa marahnya atas insiden berkenaan.

"Kita hidup dalam masyarakat yang bertamadun. Tolong jaga perlakuan dan jangan mengambil tindakan undang-undang di tangan sendiri.

"Jika tidak setuju dengan orang lain, bukan hak anda untuk melakukan serangan, lebih-lebih lagi melibatkan wartawan. Mereka hanya menjalankan tugas," katanya.



Tags / Kata Kunci: Baju Merah , Bersih 5 , MCA
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan