Kerajaan Sabah Kunci Mulut Status Pegawai Kanan JANS

Diterbitkan: Isnin, 17 Oktober 2016 2:58 PM

Beberapa buah kenderaan mewah yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan penahanan empat lelaki, termasuk pegawai berjawatan pengarah dan timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan di sini, berhubung kes penyalahgunaan kuasa dalam pemberian projek melibatkan dana RM3.3 bilion.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri masih kunci mulut berhubung status dua pegawai kanan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang dibebaskan selepas tamat tempoh tahanan reman susulan siasatan kes rasuah melibatkan dana awam mencecah RM3.3 bilion.

Tiada seorang pun pegawai kanan pentadbiran negeri itu dapat memaklumkan status pengarah berusia 54 tahun dan timbalannya yang berusi 52 tahun itu.

Peguam untuk kedua-dua penjawat awam itu bagaimanapun berkata, anak guamnya akan kekal dengan jawatan berkenaan kerana tidak menerima sebarang surat rasmi digantung atau arahan berpindah.

"Setakat ini anak guam saya masih lagi pengarah jabatan berkenaan," kata peguam P.J.Pereira yang mewakili pengarah JANS.

Bagaimanapun, panggilan yang dibuat ke pejabat JANS pada pukul 11.30 pagi Isnin mendapati pengarah jabatan itu tidak bertugas.

Pengarah berkenaan telah dibebaskan atas jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan ikat jamin RM500,000 selepas 12 hari ditahan reman, manakala timbalannya dibebaskan pagi Isnin dengna jumlah jaminan sama dengan dua penjamin selepas menjalani 14 tempoh tahanan reman.

Seorang pegawai kanan kerajaan berkata, kebiasaannya arahan penggantungan akan dikeluarkan jika penjawat awam itu didakwa di mahkamah.

Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada Setiausaha Kerajaan Negeri untuk memutuskan sama ada penjawat awam itu perlu dipindah ke jabatan atau unit lain semasa siasatan sedang dijalankan.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk Shaharom Nizam Abdul Manap berkata, terpulang kepada agensi kerajaan negeri berkenaan untuk memutuskan bentuk tindakan yang perlu diambil terhadap pihak yang disiasat.

Beliau berkata, adalah lebih baik jika penjawat awam terlibat diminta supaya mengambil cuti atau meninggalkan penjabat sepanjang tempoh siasatan.

Pada Isnin, timbalan pengarah JANS dan saudara lelakinya bergelar Datuk dibebaskan dengan jaminan RM500,000 dan dua penjamin, manakala seorang akauntan dibebas dengan jaminan RM50,000 dan dua penjamin.

Menerusi Ops Water, SPRM merampas aset bernilai lebih RM190 juta termasuk wang tunai sebanyak RM53 juta daripada dua suspek utama iaitu pegawai kanan JANS.

Lebih 80 saksi telah dirakam percakapan termasuk tiga pekerja jabatan itu yang dengan sukarela memulangkan kira-kira RM1 juta yang diperoleh kerana membantu meluluskan projek melibatkan dana Persekutuan RM3.3 bilion.

Tags / Kata Kunci: Sabah , SPRM , JANS

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan