Rangka Kereta, Tong Minyak Jadi Benteng Halang Air Laut Melimpah

Diterbitkan: Isnin, 17 Oktober 2016 5:48 PM

BANJIR... Penduduk kampung hanya mampu melihat keadaan rumah mereka selepas dinaiki air akibat fenomena air pasang besar di Kampung Batu 5, Jalan Kapar pada Isnin. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Penduduk Bagan Sungai Janggut, Jeram di sini, menjadikan rangka kereta dan bekas tong minyak sebagai benteng menghalang air laut melimpah ke kawasan kediaman mereka berikutan fenomena air pasang besar.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Tham Tian Hock, 56, berkata setakat ini benteng berkenaan mampu mengekang limpahan air laut akibat fenomena itu yang masuk hari kedua pada Isnin.

"Benteng ini didirikan sejak tiga hari lepas...ini sahaja yang mampu kami buat sebagai persediaan dan langkah berjaga-jaga bagi mengawal limpahan air laut.

"Semalam (Ahad) air laut tidak naik sampai ke darat tetapi bermula awal pagi tadi air melimpah hingga ke perkarangan rumah penduduk. Sungguhpun begitu, air tidak melimpah dengan banyak sebab dihalang oleh benteng ini," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, penduduk kampung tetap berwaspada dan bersiap sedia berpindah ke pusat pemindahan banjir sekiranya benteng itu pecah, sekali gus tidak mampu menahan air laut daripada melimpah ke kawasan perumahan.

Seorang penduduk kampung, Ng Lan Heng, 53, berkata air pasang besar yang bermula kira-kira pukul 5 pagi Isnin telah menyebabkan kawasan perkarangan rumahnya dinaiki air.

"Air pasang besar hari ini telah naik ke perkarangan rumah sehingga paras buku lali...air itu turut menyebabkan tebing sungai terhakis.

"Kami bimbang jika air naik lebih tinggi esok. Jadi sekarang kami telah kemas barang penting dan barangan elektrik juga kami telah letakkan di tempat tinggi," katanya.

Sementara itu, di Sabak Bernam, penduduk tempatan mendakwa ban yang tidak diselenggara dengan betul menyebabkan berlaku banjir di beberapa kampung di daerah tersebut.

Mohd Nor Isa Othman, 55, dari Kampung Sungai Tengar berkata, ban di kampung berkenaan yang rosak kira-kira empat tahun lepas pernah dibaiki Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), namun ia rosak kembali beberapa bulan kemudian.

"Saya harap JPS akan gunakan bahan yang lebih kukuh untuk membina ban di sini, bukan hanya menggunakan tanah," katanya ketika ditemui di pusat pemindahan banjir di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Ayer Tawar.

Seorang lagi penduduk yang ditemui di pusat itu, Nor Asmah Ahmad Keliwon, 47, pula berkata kebiasaannya fenomena air pasang besar tidak menyebabkan banjir teruk di kawasan rumahnya, namun pada tahun ini, beliau terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sebanyak dua kali.  - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Kuala Selangor , fenomena air pasang

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan